Thursday, November 25, 2010

UJIAN SUKAN ANGKAT BERAT NEGERI SEMBILAN

Sukan     :    Angkat Berat
Tarikh     :    24 November 2010 
Jam        :    4.00 Petang
Tempat   :    Gymnasium Majlis Sukan Negeri Sembilan


Pada 24 November 2010 (semalam) telah diadakan Ujian Angkatan bagi bulan November bagi atlet-atlet Pelapis Angkat Berat Negeri Sembilan. 

Seramai 10 orang atlet telah menjalani ujian angkatan dan hasil dari pemantauan di dapati prestasi atlet adalah meningkat. 

Untuk makluman ujian ini juga dilakukan sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Angkat Berat (Jemputan) Zon Tengah yang akan berlansung pada 26 hingga 28 November di Selangor.



Atlet Menjalani Ujian
Atlet Menjalani Ujian
Atlet Menjalani Ujian
 

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDILADHA

Salam Aidiladha dari kami warga kerja Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan kepada Semua Warga Kerja Majlis Sukan Negara Malaysia dan USPTN Seluruh Malaysia..

17 November 2010
 10 Dzulhijjah 1431H




Monday, November 15, 2010

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN BADMINTON

Sukan    :   Badminton
Tarikh    :   13 - 14 November 2010 
Jam        :  10.00 Pagi – 1.00 Petang
Tempat  :   Dewan NSCRC, Seremban

LAPORAN    

1.   Program TID yang dijalankan ini adalah bagi mencungkil bakat-bakat baru dan menambah bilangan atlet USPTN untuk kategori bawah 12 tahun.

2.  Para peserta yang hadir terdiri daripada peserta yang telah pun mempunyai kemahiran asas badminton.

3.   Seramai 11 orang telah dipilih pada hari pertama dari 21 orang yang hadir dan seorang sahaja dipilih dari 6 orang yang hadir di hari ke-2. Para peserta ini diberi tempoh selama 3 – 6 bulan latihan sebelum dimasukkan ke program pelapis.

4.  Antara jurulatih yang terlibat adalah En. Siow Wei Keong(JPM), En. Selvaduray a/l Alageri (JSM), En. Zainal Nasir(JSM) dan Pn. Leong Chooi Eng. Turut serta dalam panel pemilihan adalah Setiausaha Persatuan Badminton NS iaitu En. David Wee.

Pengumuman pihak urusetia



Penentuan peserta yang akan dipilih
Jurulatih-jurulatih yang terlibat
Perbincangan di antara panel
Taklimat selepas pendaftaran
11 orang peserta yang dipilih pada hari pertama
Sesi latihan
Pertandingan Dijalankan

Teguran daripada jurulatih

PEMANTAUAN LATIHAN PING PONG

Sukan     : Ping Pong
Tarikh     : 12 November 2010
Jam        : 5.30 PETANG
Tempat   : PLN, Persatuan Moi Kong, Jalan Temiang,Seremban


Laporan    

 1.Perbincangan bersama jurulatih tentang program TID, Kejohanan Dalaman Ping Pong dan pengangkutan atlet yang akan bertolak ke Labuan pada 19 haribulan nanti.

2. Dimaklumkan jurulatih, seorang atlet wanita Boon Yu Jing yang baru balik  dari  Kejohanan 4th ASEAN Primary Schools Olympiad di Jakarta pada 4 -10 Nov lalu memenangi tempat ke-3 dalam beregu bawah 12 tahun.

3.Kehadiran atlet memuaskan. Latihan bersambung di sebelah malam.

Aktiviti

1. Atlet turut mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih luar negara Persatuan Ping Pong NS.

2. Atlet sedang giat menjalani latihan bagi persediaan ke Kejohanan Tunas Harapan di Labuan pada November   ini dan Kejohanan Ping Pong Malaysia pada bulan Disember nanti.

3. Walaupun tidak begitu sihat, Ms Goh Giok Teng (JSM) tetap hadir bagi memastikan latihan berjalan seperti biasa.


Latihan Dijalankan
Latihan Dijalankan
Latihan Dijalankan sambil diperhatikan oleh Jurulatih
Latihan Dijalankan
Jurulatih memerhatikan atlet menjalani latihan
Latihan Dijalankan
Latihan Dijalankan
Latihan Dijalankan
Latihan Dijalankan

PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL

Sukan : Berbasikal
Tarikh :12 November 2010
Masa : 5.30 - 6.45 petang
Tempat : Lap Seremban 2
 
 
LAPORAN
 
1. Latihan berjalan dengan lancar dengan mengadakan 'passing motor' sebanyak 15 lap dan sebelum itu atlet membuat latihan kayuhan biasa sejauh 30 KM.
 
2. Kehadiran atlet serta masalah disiplin atlet amat memuaskan. Ketidakhadiran atlet seramai 3 orang disebabkan masalah kesihatan iaitu demam telah dimaklumkan kepada jurulatih.
 
3. Perbincangan dengan jurulatih mengenai persiapan tentang Kejohanan Berbasikal Pelapis Siri 03/2010 di Valodrome Cheras.
 
4. Makluman daripada jurulatih mengenai beberapa atlet baru dan masalah y dihadapi iaitu kekurangan tiub dan tayar. 

Latihan dilakukan

Sesi Latihan
Sesi Latihan
Sesi Latihan

KEJOHANAN SQUASH NS JUNIOR CLOSE 2010

Sukan : Skuasy
Tarikh : 12 November 2010
Masa : 4.00 petang
Tempat : Gelanggang Skuasy,Kompleks Sukan Tan Sri Dato Dr Mohd Said, Seremban 2


1. Kejohanan Squash NS Junior Close 2010 berlangsung selama 3 hari iaitu mulai 12 November sehinnga 14 November 2010.

2. Seramai 121 orang atlet yang berdaftar pada kejohanan kali ini datangnya dari Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan KLIA. Atlet lelaki adalah seramai 68 orang manakala atlet perempuan seramai 53 orang dengan 5 kategori yang dipertandingkan iaitu U9, U11, U13, U15 dan U17. Anggota teknikal pula seramai 15 orang.

Perlawanan Berlangsung
Perlawanan Berlangsung
Penonton & Peserta
Barisan Pengadil
"Warm Up"
 

Friday, November 12, 2010

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET GIMRAMA

Sukan : Gimrama
Tarikh : 11 November 2010
Jam : 4.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan Tan Sri Dato Dr Mohd Said, Seremban 2

LAPORAN    

1.                 Berbincangan bersama jurulatih tentang program TID yang akan dijalankan
esok 12.11.2010 hari Khamis bermula jam 10.30 pagi dan pada 15.11.2010 hari Isnin jam 9.00 pagi.

2.           Dimaklumkan oleh jurulatih seorang gimnas bernama Leong Bei Er menarik diri dari program pelapis bermula dari bulan ini atas alasan yang diberikan masalah keluarga.

3.        Tentang masalah disiplin gimnas adalah baik dan terkawal. Ketidakhadiran gimnas semasa latihan dimaklumkan lebih awal oleh ibubapa melalui telefon pada jurulatih. Dimaklumkan juga oleh jurulatih Tee Su Jen telah terpilih dalam atlet pelapis kebangsaan yang akan ditempatkan di SSBJ mulai tahun depan melalui program Pemilihan Atlet Gimrama untuk diserapkan ke Program pelapis Kebangsaan pada   1 – 2 Nov lalu di Gimnasium 1, MSNM.

4.           Makluman kepada jurulatih tentang Kem Tahunan Pelapis. Gimnas Azreen telah terpilih mengikuti program tersebut bersama jurrulatih dan 2 orang gimnas sebagai reserve adalah adik Nurayna Nabila dan Yeow Mei Shi.



Gimnas sedang menjalani latihan 'stretching. Ketiadaan kemudahan ballet bar dinding digunakan bagi latihan kelenturan ini.

Kerusi ini juga digunakan sebagai streching bar

Sesi latihan bermula sebelum jurulatih memanggil gimnas bagi latihan bersama muzik

Sesi Latihan

Sesi Latihan

Latihan bersama muzik oleh gimnas-gimnas LG

Pemerhatian jurulatih pada routine gimnas

Teguran dan pembetulan tentang routine gimnas

Teguran dari jurulatih

Wednesday, November 10, 2010

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET BOLING PADA 3.11.2010

Sukan : Boling
Tarikh : 3 November 2010
Jam : 4.30 petang
Tempat : Ampang Superbowl,Seremban Parade,Seremban



   Jurulatih Memberi Taklimat

    Atlet Menerima Tunjuk Ajar Jurulatih

     Jurulatih bersama atlet-atlet

      Latihan Boling

WARNA WARNI, SUKA DUKA KARNIVAL PELAPIS NEGERI 02/2010

Walaupun Karnival Pelapis Negeri baru 10 hari melabuhkan tirainya, namun banyak gambar kenangan yang sempat dirakam oleh Lensa Kamera KU USPTN NS disepanjang Karnival ini berlansung. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan Karnival Pelapis ini tanpa sebarang masalah yang besar. Terima kasih dan sehingga kita berjumpa lagi di Karnival yang akan datang......


Ayu bersama Oss @ Redzuan, Rashid, Afzan

Mus bertungkus lumus menyiapkan buku untuk mesyuarat pengurus
Azwan serta Shylina menyiapkan buku dan dibantu oleh Abg Nazri...

Gembira sangat... venue pertandingan lulus QC

Eh... Ni bukan yang jaga angkat berat & olahraga ker... mcm mana boleh berada di venue gimrama..

Dh tak boleh duduk diam dah...

Tetap ceria walaupun hati risau.....

SDO-SDO yang mencerikan karnival tempoh hari

Pembantu Teknikal sukan memanah

Hakim-hakim Gimrama yang sentisa 'vogue'

PCP yang ceria selalu......

Shasha, Zahin & Zubir bersama Future Champion untuk "Diving"

KU USPTN NS bersama SDO Sarawak - Awang










USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN