Friday, April 15, 2011

KLINIK SUKAN ANGKAT BERAT

Sesi taklimat
Sesi Taklimat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Klinik Angkat Berat USPTN NS 01/2011 telah diadakan pada 15 hingga 16 April 2011 di Pusat Angkat Berat NS, Kompleks Sukan Paroi, Seremban. 

USPTN NS telah menjemput En.Faizal Baharom, Jurulatih Pelapis Kebangsaan sebagai penceramah untuk Klinik Angkat Berat pada kali ini. 

Kehadiran atlet junior angkat berat seramai 15 orang lelaki dan 2 orang atlet senior. Disertai dengan 2 orang jurulatih negeri iaitu En. Rossyam Ahmad, JSM USPTN NS dan En. Osman Sahidi, JPM MSN NS. 

Program klinik pada 15 April 2011 , jam 3.30 petang dimulai dengan sesi pengenalan dan soal jawab tentang sesi latihan dan pengalaman En.Faizal semasa beliau menjadi atlet dahulu. Sesi tersebut tamat jam 6.30 petang. Manakala sesi malam pula, bermula jam 8.30 malam iaitu sesi tayangan video oleh En.Faizal tentang angkat berat. Sesi malam tamat pada jam 10.30 malam.

Sekian, laporan dari USPTN NS.


No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN