Saturday, April 9, 2011

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN TERJUN PELAPIS NEGERI 01/2011

Dimaklumkan bahawa Cawangan Pelapis dengan kerjasama Cawangan
Pengurusan Acara sedang menganjurkan Kejohanan Terjun Pelapis Negeri 01/2011 pada 08 hingga 10 April 2011 di Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Pada hari pertama, mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada jam 3.30 petang di bilik mesyuarat Pusat Akuatik Paroi dan telah di pengerusikan oleh Encik Low Siak San,Setiausaha PRANS dan Encik Edwin Chong, Setiausaha ASUM. Setelah pengesahan pasukan dibuat, seramai 47 orang peserta dengan pecahan 27 orang atlet, 10 orang jurulatih dan 8 pegawai telah terlibat pada kejohanan pada kali ini.

Berikut adalah acara-acara yang akan dipertandingkan pada hari esok 09 April 2011

8.00 AM
3M Papan Anjal (bwh 17 thn) (L)
3M Papan Anjal (bwh 17 thn) (W)
3M Papan Anjal (bwh 12 thn) (L)
3M Papan Anjal (bwh 12 thn) (W)

12.00 PM
Upacara Penyampaian Hadiah

2.00 PM
Platform (bwh 17 thn) (L)
Platform (bwh 17 thn) (W)
Platform (bwh 12 thn) (L)
Platform (bwh 12 thn) (W)

5.00 PM
Upacara Penyampaian Hadiah


 
Kejohanan Terjun
Pegerusi Majlis

Mesyuarat Berlangsung

Mesyuarat Berlangsung

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN