USPTN NS

USPTN NS

Monday, May 16, 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 01/2011- GIMRAMA





Tarikh : 12 Mei 2011 (Hari Pertama)
Masa. : 9.00pagi - 7.00 mlm
Tempat : Dewan BadmintonTengku Anis,Pengkalan Chepa,Kelantan

Laporan :

1. Acara untuk hari pertama pagi adalah :-
I) Freehand G1&G4
II)Tali &Gelung G2
III)Gelung G3
IV)Riben G5

2. Acara petang :
I)Tali G4
II)Bola G3
III)Tali G1

3. Penyertaan NS seramai 6 orang gimnas dari gred 1 &2.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak USPTN dan jurulatih gimrama negeri sembilan kerana berjaya melahirkan atlet pelapis gimrama di negeri sembilan.

    Saya ingin mencadangkan supaya USPTNNS dapat mencari lebih ramai lagi bakat baru di sekolah-sekolah di Negeri sembilan ini di samping memberi pendedahan dan taklimat kepada para ibu bapa tentang arah tuju sukan gimrama di bawah program pelapis ini sepertimana yang telah dilaksanakan oleh USPTN Perlis.

    Selain daripada itu, saya sebagai ibu kepada salah seorang atlet gimrama NS ini mencadangkan supaya pihak USPTN NS dapat menyediakan kemudahan pengangkutan bagi memastikan kehadiran atlet yang konsisten tanpa terganggu dengan jadual kerja ibubapa.

    Sekian sahaja untuk kali ini. Diharapkan sukan gimrama akan terus berkembang di Negeri Sembilan.

    Majulah sukan untuk negara.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas komen yang diberikan.Cadangan puan akan kami bincangkan bersama dengan pihak majlis sukan negeri.

    ReplyDelete