Tuesday, November 22, 2011

KEJOHANAN DALAMAN TENPIN BOLING PELAPIS NEGERI SEMBILAN 2011

Tarikh   : 21 November 2011
Tempat : Ampang Superbowl, Seremban Parade,Seremban.

Jumlah penyertaan : 16 peserta

Agensi terlibat : USPTNNS, Jurulatih MSSMNS, Persatuan dan Ibubapa.

Pelapis Negeri Sembilan telah mengadakan satu mini pertandingan boling pada 21 November 2011. Seramai 16 orang atlet yang telah mengambil bahagian di mana 10 atlet adalah dari program pelapis dan 6 atlet daripada program MSSMNS. Peserta bermain sebanyak 10 "game" yang dibahagikan kepada 2 blok. Blok pertama bermula pada jam 10.00 pagi dan blok kedua bermula jam 3.30 petang. Format pertandingan ialah U18, U15 dan U12. Pertandingan berakhir jam 6.00 petang dan hadiah telah disampaikan oleh Pn Zahrah Meon selaku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan.
 
Program ini berjalan dengan baik dan pihak USPTNNS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan kejohanan ini. Ribuan terima kasih kepada En. Manan (JPM), Pn Faridah, Cikgu Ali dan Cikgu Asmah yang banyak membantu bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang memberi sokongan dan juga sumbangan hamper yang diberikan.































No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN