Wednesday, March 28, 2012

PEMANTAUAN KEJOHANAN SUKAN MEMANAH - USPTN NEGERI SEMBILAN

Tarikh   : 21 hingga 25 Mac 2012 
Masa    :  8.00 - 5.00 petang. 
Tempat : Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Kehadiran:

1. En Jefry Bin Ngaiman ( JSM )
2. En Malek Bin Redzuan ( JSM ) 
3. Cik Wan Nur Aizan Bt Mohd Zaid ( Pegawai Pengiring wanita )
                                                                                                                                 
NAMA KEJOHANAN
 
Kejohanan Memanah Sirkit Pertama, 21 - 25 Mac ,Melaka 2012.
 
KECEDERAAN 
1 atlet lelaki mengalami Gastrik pada hari pertama Kejohanan. Muhamad Akmal Bin Nurhasrin
   
ULASAN PENCAPAIAN ATLET

RECURVE LELAKI

1.Amirul Farez Bin Jefry ( 16 tahun )
( 90m 255pt 24/112) ( 70m 273pt 37/112 ) ( 50m 259pt 51/112 ) ( 30m 328pt 30/112 ) jumlah 1115 rank 32/112
2. Muhamad Nabel Bi Sahudin ( 16 tahun )
( 90m 205pt 60/112) ( 70m 249pt 63/112 ) ( 50m 290pt 30/112 ) ( 30m 316pt 47/112 ) jumlah 1060  rank 49/112
3. Amir Ali Bin Roslan ( 16 tahun )
( 90m 197pt 69/112) ( 70m 271pt 43/112 ) ( 50m 258pt 53/112 ) ( 30m 308pt 56/112 ) jumlah 1034  rank 55/112
4. Muhamad Badrul Amin Bin Sobirie ( 16 Tahun )
( 90m 193pt 70 /112) ( 70m 243pt 66/112 ) ( 50m 190pt 89/112 ) ( 30m 301pt 56/112 ) jumlah 927 rank 78/112
5. Muhamad Akhmal Bin Nur Hasrin ( 17 tahun )
( 90m 0 /112) ( 70m 0  /112 ) ( 50m 239pt 71/112 ) ( 30m 302pt 62112 ) jumlah 542 rank 103/112

ATLET RECURVE WANITA

6. Siti Aqilah Bt Zakaria
( 70m 235pt 27/ 68 ) ( 60m 284pt 284pt 10 /68 ) ( 50m 264pt 12/68 ) ( 30m 307pt 17 / 68 ) jumlah 1090 rank 13/ 68
7. Shaera Ezaty Bt Safuan
( 70m 58pt 62/ 68 ) ( 60m 103pt t60 /68 ) ( 50m 108pt 60/68 ) ( 30m 180pt 57 / 68 ) jumlah 449pt rank 59/ 68
8. Nur Fatiha Aiqin Bt Amran
( 70m 43pt 63/ 68 ) ( 60m 32pt  66 /68 ) ( 50m 37pt 64/68 ) ( 30m 90pt 64 / 68 ) jumlah 207pt rank 65/ 68
 
ACARA RECURVE IND LELAKI

5 atlet lelaki layak mengambil bhg dan pencapaian terbaik
1. Amirul Farez Bin Jefry layak ke Suku Akhir bertemu Wan Khalmizan dari Pelapis Kebangsaan ( 1 -7 )

ACARA RECURVE IND WANITA
1. Siti Aqilah Bt Zakria  layak ke Suku Akhir bertemu Nur Atiqah Azizi dari Melaka ( 2- 6 )

ACARA BERPASUKAN LELAKI
1. Amirul Farez 2. Amir Ali Bin Roslan 3. Muhamad Nabel ( N9 tempat ke 15/ 28 pasukan ) jumlah 3209 mata.

ACARA BERPASUKAN WANITA
1. Siti Aqilah 2. Shaera Ezaty 3. Fatiha Aiqin ( N9 tempat ke 15/ 18 pasukan ) jumlah 1746 mata.
 
ULASAN SDO

1.Secara keseluruhan penyertaan kejohanan adalah memuaskan, komitmen jurulatih dan atlet sangat baik

2. Pada hari kedua dan ketiga kejohananan kami mendapat sokongan dari Unit Sukan JPNS, Pengerusi Teknik En Zulhisham dan  Jurulatih Negeri turut hadir memberi sokongan kepada Program Pelapis.

3. Atlet yang mengalami sakit perut semasa hari pertama kejohanan telah dibawa untuk mendapat rawatan di Klinik berhampiran.

4. 3 orang atlet perlu di upgrade peralatan BOW kepada yang lebih baik, bow yang dipinjamkan oleh pihak sekolah kurang sesuai untuk jarak 90dan 70m.
5. Memerlukan lebih banyak pendedahan kejohanan diperingkat kebangsaan untuk menilai dan meningkatkan prestasi,kekuatan mental semasa kejohanan perlu diatasi.
Mohon Maaf diatas kelewatan kerana laporan lengkap baru diperolehi melalui email pada 27 Mac.

Sekian terima kasih

























Sunday, March 18, 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN TINJU USPTN NEGERI SEMBILAN BERSAMA PASUKAN TINJU 3 DIV ATM, GEMAS

Tarikh   : 15 mac 2012
Tempat : Pusat Latihan Tinju Paroi,Majlis Sukan Negeri Sembilan


Satu sesi perlawanan persahabatan diantara atlet program pelapis/sukma dengan petinju dari  ATM 3 divisyen dari gemas telah dijalankan.

Penyertaan : 12 petinju sukma/pelapis
                     12 petinju 3 divisyen

Semua atlet menunjukkan peningkatan prestasi yang baik sepanjang perlawanan berlangsung.
Pihak MSN Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih pada angkatan tentera 3 divisyen kerana sudi hadir menyertai perlawanan persahabatan ini.























Friday, March 16, 2012

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN MEREKA DI MSSM

Sukan Badminton
1) Kisona a/p Selvaduray - Emas (PP B15)
2) Kelly Siow Zhi Xin dan Kisona a/p Selvaduray - Emas (BP B15)
3) Chen Jia Huo dan Goh Sze Fei - Emas (
BL B15)


Sukan Akuatik - Terjun
1) Adzhar Imran b. Rusli - Emas (1M dan 3M Papan Anjal)
2) Muhammad Adam b. Khairul Anwar - Gangsa (1M Papan Anjal)
3) Aimi Nazifa bt. Sha'ari - Gangsa (1M dan 3M Papan Anjal)
 

Sukan Skuasy
1) Muhammad Hanan b. Tarmidi - Emas (
PL B18)


Sukan Memanah
1) Team Event (Gangsa) - 
Amirul Fareez b. Jefry dan Amir Ali b. Roslan

Thursday, March 15, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN WUSHU

Tarikh      : 13.03.2012
Masa        : 4.30 petang
Tempat    : Dewan Wushu Chin Woo, Seremban

Kehadiran

1. JSM - Encik Lee Chin Chee
2. JSM - Encik Lim Kim
3. Atlet - 11 Lelaki, 14 Wanita ( keseluruhan atlet 41 orang termasuk atlet di bawah Persatuan)

LATIHAN

1. Quan Shu
2. Weapen
3. Basic Teknik
4. Latihan Fizikal

PERALATAN

1. Alatan yang digunakan semasa latihan ialah pedang dan pisau


PROGRAM BINAAN

Tiada

ULASAN

1. Dewan latihan wushu sudah siap dinaik taraf.
   - Atlet menjalani latihan dibahagikan kepada dua (2) iaitu atlet Pelapis / Sukma latihan bersama jurulatih Encik Lim Kim
    - Manakala atlet Pelapis yang lain serta atlet dibawah Persatuan menjalani latihan bersama jurulatih Encik Lee Chin Chee.

2. Karpet latihan dipasang semula walaupun mengalami sedikit kerosakan pada papan. Atlet membuat latihan dengan berhati-hati kerana akan mengundang bahaya dan elak kecederaan.

3. Jurulatih memperbaiki kesilapan teknik yang dibuat oleh atlet dan memperkemaskan teknik tersebut.

4. Atlet gigih membuat latihan untuk persediaan ke kejohanan pada bulan April iaitu MSS NS dan KPM serta Sukan Malaysia.

5. Seorang atlet wanita, Phoon Eyin telah mendaftarkan diri di Pelapis Kebangsaan, Bukit Jalil pada 12.03.2012. 


Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Roshidayu Binti Arifin
SDO Wushu
Negeri Sembilan

Tarikh : 14.03.2012


















LAPORAN PEMANTAUAN PLN BADMINTON



















Tarikh   : 13/3/2012
Masa     : 5.00 petang
Tempat : Dewan NSCRC, Seremban

Kehadiran: 

1. En. Rommy Arnold - Jurulatih BAM
2. Atlet - 9 lelaki, 1 wanita

LATIHAN

1. Court training
2. Multi shuttle
3. Latihan Fizikal - Jumping


UJIAN
 
PERTANDINGAN

1. Seramai 25 orang atlet terpilih ke kejohanan MSSM yang berlangsung di Kedah bermula pada 12 - 16 Mac 2012.

 
ULASAN


1. Sesi latihan En. Siow Wei Keong - JPM telah digantikan oleh En. Rommy - jurulatih BAM. En. Siow ke Kedah bermula dari tarikh 12 - 16 Mac 2012 bagi memantau kejohanan MSSM.

2. Latihan bagi atlet wanita yang bertempat di Dewan MA Hwa tiada hari ini kerana Pn. Leong Chooi Eng - JSM turut terlibat ke kejohahan MSSM. Oleh itu, seorang atlet wanita telah berlatih di dewan NSCRC ini.

3. 2 orang atlet telah diarahkan oleh jurulatih untuk keluar dari gelanggang dan duduk di kerusi penonton kerana tidak serius dalam latihan. Mereka didenda dengan memerhatikan atlet lain menjalani latihan sehingga tamat sesi latihan hari ini.

4. Atlet bernama Aiman Shabudin telah dibenarkan oleh jurulatih menghentikan latihannya dan berehat kerana demam.



Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Zaria bt. Razali
SDO Badminton Negeri Sembilan
Tarikh: 14/3/2012

LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH







Tarikh    :    13/3/2012
Masa      :    1.15 petang
Tempat  :    Pejabat MSN NS



Kehadiran :


1. En. Mohd Rosafindi b. Ahmad - JPM Rifle


ULASAN


1. Semakan sekali lagi bersama jurulatih En. Mohd Rosafindi tentang maklumat yang perlu diisi di dalam slide Pembentangan Kejurulatihan untuk Bengkel Kejurulatihan yang akan diadakan pada 14 - 16 Mac di Pulau Pinang nanti.


2. Dimaklumkan oleh jurulatih tentang pergerakan mereka ke Pulau Pinang dan mereka akan bertolak awal pagi menaiki kereta pada hari rabu 14/3/2012 dari Lapang Sasar Menembak, Mantin.


3. Membincangkan tentang  'exchange program' bersama dengan pihak Singapura dan telah dimaklumakn oleh pihak Singapura. Mereka akan menghantar proposal melalui email kepada Pengarah MSN NS hari rabu 14/3/2012.


4. En. Mohd Rosafindi juga memaklumkan, beliau telah mengeluarkan 2 orang atlet lelaki rifle beliau dari program pelapis kerana masalah kehadiran yang teruk. Atlet-atlet berkenaan adalah Muhammad Al-Aniq b. Abu Bakar dan Muhammad Asri b. Md Isa.
  


Sekian terima kasih


Laporan di sediakan oleh :


Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan
Tarikh : 14/3/2012





Sunday, March 4, 2012

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA SPORTEXCEL SIRKIT KE 2, 2012

Tarikh   : 4 Mac 2012
Tempat : Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor

Laporan Hari Ke-3 (Ahad)

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Kejohanan Menembak Remaja SportExcel Sirkit Ke-2 dan event yang berlangsung untuk hari terakhir ini ialah :
i) 10m air rifle women
ii) 25m sport pistol women
iii) 50m free pistol men

Pencapaian :
i) 50m free pistol men(team) - Perak






Saturday, March 3, 2012

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA SPORTEXCEL SIRKIT KE 2, 2012

Tarikh   : 3 Mac 2012
Tempat : Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor

Laporan Hari Ke-3 :
Event yang berlangsung pada hari Sabtu 3 Mac 2012 ini ialah :
i) 50M 3P Lelaki
ii) 10M A/P Lelaki
iii) Std Pistol

Pencapaian :
- 1 Emas 1OM A/P Ind.- Jasmi
- 1 Emas 10M A/P Team - Jasmi,Suresh & Amir
- 1 Perak 10M A/P (Senior)
- 1 Gangsa - Std Pistol Ind. - Jasmi











Friday, March 2, 2012

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA SPORTEXCEL SIRKIT KE 2, 2012

Laporan Hari Ke - 2

Keputusan bagi event yang berlangsung pada hari ke-2 adalah :

i) 50m prone team(lelaki & wanita) - No.4
ii) Rapid pistol Jasmi - Silver
    Amir - Bronze

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA SPORTEXCEL SIRKIT KE 2, 2012

Tarikh   : 2 Mac 2012
Tempat : Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor

Laporan Hari Kedua

Laporan :
1. Acara yang sedang berlangsung untuk pagi ini ialah :
- 10m A/P wanita
- 25m rapid fire
- 50m prone lelaki











TID ANGKAT BERAT

Tarikh   : 29 Februari 2012
Tempat : SK Paroi, Seremban

Ulasan :

1. Pemilihan atlet dari darjah 4, 5 dan 6.
2. Atlet senior membuat demo angkatan.
3. Setelah membuat pemilihan secara fizikal, seramai 62 orang atlet akan membuat ujian seterusnya di gimnasium angkat berat pada waktu petang.
4. Sesi pemilihan seterusnya akan dijalankan di gimnasium angkat berat pada jam 4.00 petang.













Thursday, March 1, 2012

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA SPORTEXCEL SIRKIT KE 2, 2012

Tarikh   : 1 Mac 2012
Tempat : Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor

Laporan Hari Pertama:

1. Acara untuk hari pertama :
- Rifle 3P wanita
- A/R lelaki
- 25 m sport pistol

2. Keputusan bagi acara 25 M Sport pistol, Jasmi 556-5th, Amir 538-14th, Suresh 527-17th, Team Ke - 4

3. Keputusan bagi acara A/R lelaki, Lutfi menduduki tangga ke-3 (578) bagi junior. Open A/R No.5 dari 8 terbaik. Pada jam 2.30 petang tadi telah belangsung acara final bagi open A/R di mana keputusan terkini Lutfi telah menduduki tangga ke-4/54 dan telah bersaing dengan atlet elit dan berjaya mengatasi atlet kebangsaan.














PROGRAM TID SUKAN TINJU

Tarikh   : 29 Februari 2012
Masa     : 7.45 pagi
Tempat : SMK Bukit Kepayang

Satu program TID tinju telah dijalankan di SMK Bukit Kepayang,Seremban 2. Program tersebut bermula jam pada 7.45 pagi di Dataran Perhimpunan SMK Bukit Kepayang. Semua murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 hadir ke program tersebut. Acara dimulakan dengan pengenalan program dan penerangan mengenai peralatan tinju oleh jurulatih pelapis iaitu En Fitri Omar. Acara seterusnya ialah demonstrasi dari peninju Negeri Sembilan. Pelajar sekolah juga berpeluang memakai "glove" dan "headguard" serta merasai sendiri cara bertinju dengan atlet tinju Negeri Sembilan.
 
Hasil dari program ini seramai 72 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar wanita berminat untuk menyertai program tinju pelapis.
Pihak unit ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Pengetua dan Penolong Kanan KOKO SMK Bukit Kepayang yang telah memberi kerjasama yang baik serta memberi sokongan pada pihak kami.





























USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN