Thursday, March 1, 2012

PROGRAM TID SUKAN TINJU

Tarikh   : 29 Februari 2012
Masa     : 7.45 pagi
Tempat : SMK Bukit Kepayang

Satu program TID tinju telah dijalankan di SMK Bukit Kepayang,Seremban 2. Program tersebut bermula jam pada 7.45 pagi di Dataran Perhimpunan SMK Bukit Kepayang. Semua murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 hadir ke program tersebut. Acara dimulakan dengan pengenalan program dan penerangan mengenai peralatan tinju oleh jurulatih pelapis iaitu En Fitri Omar. Acara seterusnya ialah demonstrasi dari peninju Negeri Sembilan. Pelajar sekolah juga berpeluang memakai "glove" dan "headguard" serta merasai sendiri cara bertinju dengan atlet tinju Negeri Sembilan.
 
Hasil dari program ini seramai 72 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar wanita berminat untuk menyertai program tinju pelapis.
Pihak unit ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Pengetua dan Penolong Kanan KOKO SMK Bukit Kepayang yang telah memberi kerjasama yang baik serta memberi sokongan pada pihak kami.





























No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN