Wednesday, November 14, 2012

LAPORAN PROGRAM KEM MOTIVASI DAN KLINIK MEMANAH USPTN 2012

Tarikh Program         : 9 - 10 Nov 2012
Masa                         : 8.00 – 3.00 ptg
Tempat                      : Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri dan Padang Sek Keb Taman Tasik Jaya.

Penyertaan : 

( Pegawai )
Ahmad Afandy Bin Baharin
Jurulatih Terlibat
1. En Amran bin Hamidi ( JPM Selangor )
2. En Jefry Bin Ngaiman
3. En Abdul Malek Bin Redzuan
4. En Mohd Ghazali Bin Mohd Yunus ( Jurulatih After School )
5. Pn Saldiana Eiza ( Jurulatih After School )

Urusetia

1. En M.Rizal Bin Musa ( Sesi Motivasi )
2. Pn Zahrah Binti Meon ( Sesi Motivasi )

Atlet Terlibat

11 Lelaki dan 22 Wanita.

Ulasan:

Program Motivasi dan Klinik Memanah USPTN Negeri Sembilan berjalan dengan lancar, sesi dimulakan dengan taklimat yang telah disampaikan oleh Pn Zahrah Bt Meon dan  En M.Rizal Bin Musa atlet yang terlibat adalah Pelapis Negeri, melalui sesi ini atlet telah memberi tumpuan dan fokus sepenuhnya terhadap perkara yang disampaikan. Semasa sesi berlangsung atlet telah banyak mengajukan persoalan mengenai program Pelapis.Atlet juga telah menunjukkan keberanian dan keyakinan diri semasa aktiviti dan tamat pada jam 11.30 malam.Atlet dan jurulatih menginap di Asrama Majlis Perbandaran Seremban. Pada 10 Nov bermula pada jam 8.00 - 3.00 petang klinik memanah telah diadakan di Padang Sek Keb Taman Tasik Jaya dimana Jurulatih jemputan iaitu En Amran Bin Hamidi dan jurulatih USPTNS dan Atlet After School terlibat.Semasa aktiviti berlangsung banyak perkara dapat disampaikan terutama mengenai teknik dan persediaan fizikal atlet. Kehadiran Guru Sekolah dan juga ibu bapa turut memberi sokongan kepada jurulatih dan atlet.Semua yang terlibat memberikan percambahan fikiran yang baik dan berharap program seperti ini dapat diadakan dimasa akan datang.Ucapan ribuan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Negeri Sembilan, Jabatan Pelajaran Negeri , Jurulatih yang teribat dan Ibubapa atlet.

Sekian, Terima Kasih

Ahmad Afandy Bin Baharin
PPN Memanah USPTN NS

















No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN