Friday, May 31, 2013

Laporan Hari Akhir Kejohanan Memanah Remaja Zon Selatan 2013

Tarikh : 30 Mei 2013
Tempat : Padang SMK Seri Pagi Seremban
Hari terakhir kejohanan berlangsung bagi jarak 40meter dan 30meter  lelaki dan wanita. Acara bermula pada jam 8.45 pagi bagi latihan rasmi dan pertandingan. Keputusan keseluruhan kejohanan menyaksikan atlet Pelapis Negeri Sembilan menguasai pingat emas bagi jarak 60,50,40 dan 30 meter kategori lelaki dan wanita. Atlet Pelapis Negeri Johor berjaya memperolehi pingat gangsa jarak 60m dan 30m lelaki.Atlet wanita dari Melaka Komaleswary berjaya memperolehi pingat perak bagi acara 30m dan gangsa bagi jarak 50meter. Pemenang bagi keseluruhan kategori lelaki dimenangi oleh Mohd Syamim Bin Yazid dari Negeri Sembilan dengan jumlah 1228 mata. Atlet wanita Fatin Syazlin Binti Mohd Shams dari Negeri Sembilan berjaya mengumpul 1053 mata untuk keseluruhan kategori wanita. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En Rashid Ramli selaku Ketua Unit Pelapis Negeri Majlis Sukan Negara. Tetamu jemputan Pengetua SMK Seri Pagi turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.Semoga dengan adanya pertandingan diperingkat zon akan memberi pendedahan kepada atlet - atlet baru disamping dapat menilai prestasi sebelum menyertai kejohanan diperingkat kebangsaan.
Laporan Oleh
Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Memanah USPTN Negeri Sembilan.

Wednesday, May 29, 2013

KEJOHANAN MEMANAH REMAJA ZON SELATAN 2013

Tarikh : 29 Mei  2013
Tempat : Padang SMK Seri Pagi, Seremban
Kejohanan Memanah Remaja  Bawah 16 tahun telah bermula hari ini, pertandingan melibatkan atlet pelapis dari Negeri Johor , Melaka dan Negeri Sembilan.Kejohanan berlangsung selama 2 hari melibatkan seramai 17 atlet lelaki dan 19 atlet wanita.Jarak yang dipertandingkan adalah 60,50m hari pertama da 40,30m pada hari kedua.Pertandingan berjalan lancar dimana taklimat pengurus diadakan pada jam 11.45pagi dan latihan rasmi dan pertandingan bermula dari jam 2.00 hingga 6.15 petang.Keputusan terkini kejohanan bagi jarak 60m lelaki dan wanita tempat pertama dari Negeri Sembilan. Kejohanan bersambung pada 30 Mei 2013.
Laporan oleh Ahmad Afandy
SDO Memanah USPTN Negeri Sembilan.

Monday, May 27, 2013

Perjumpaan Jurulatih dan Atlet Sukan Squash USPTNNS

Tarikh : 27 Mei 2013
Tempat : Kompleks Sukan Seremban2
Masa: 9.30 pagi
Kehadiran : 7 atlet ,1 jurulatih
Perjumpaan jurulatih dan atlet squash ,aktiviti yang dijalankan adalah latihan fizikal dan fun games dalam gelanggang sebelum menyertai Kejohanan Squash Junior Milo All Stars pada 28 mei hingga 2Jun 2013, bertempat di Kompleks Squash Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.Pemantauan dan perjumpaan turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Unit USPTNNS En M.Rizal bin Musa.Latihan tamat pada jam 12.00 tengahari.
Laporan oleh SDO Squash
Ahmad Afandy Bin Baharin

Thursday, May 23, 2013

Pemantauan Sukan Sepak Takraw USPTN Negeri Sembilan

Pemantauan Sukan Sepak Takraw pada 22 mei 2013 bertempat di Kompleks Sukan Paroi.Latihan bermula dari jam 3.30 hingga 6.30 petang.Latihan dikendalikan oleh jurulatih En Md Isa Bin Sidek.Kehadiran seramai 15 orang.Latihan yang dijalankan  fizikal, kemahiran kawalan bola, hantaran ,servis dan kawalan gelanggang.Sesi perjumpaan jurulatih dan atlet turut diadakan semasa pemantauan.

Tuesday, May 21, 2013

Pemantauan Sukan Squash USPTNNS

Lawatan Pemantauan Pengurus dan Pemangku Ketua Unit USPTN ke Pusat Latihan Squash Seremban 2, Negeri Sembilan pada 8 Mei 2013 . Masa lawatan pada jam 7.30 petang seramai 9 orang atlet sedang menjalani latihan di bawah kendalian En Tamiddi Bin Saad. Semasa lawatan kami mendapati siling pada courts 2 mengalami kebocoran dan juga keaadaan lantai perlu diperbaiki. Latihan bermula dari jam 4.00 hingga 8.00 malam. Selain dari menjalani latihan didalam court atlet juga mengunakan gimnasium bersebelahan bagi aktiviti kecergasan.

Pemantauan Pusat Latihan Memanah - USPTNNS

Pemantauan Pusat Latihan Memanah Di Sek Sukan Zaba Kuala Pilah pada 8 Mei 2013 yang lalu bersama Pengurus dan juga Pemangku Ketua Unit. Lawatan melibatkan perjumpaan jurulatih, atlet dan juga pemeriksaan peralatan.Latihan bermula dari jam 3.00 hingga 6.00 petang.Semasa lawatan jurulatih dan atlet  baru sahaja tamat waktu persekolahan .Bantuan 5 unit target But telah diperolehi dari pihak Majlis Sukan Negara.

Mesyuarat JKK Sukan Squash 01/2013

Mesyuarat jkk squash 01/13 telah diadakan pada 17 mei 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Sembilan. Mesyuarat di pengerusikan oleh Cik Jeyadevi Pegawai Majlis Sukan Negeri Sembilan bermula pada jam 3.00petang.Kehadiran Seramai 9 orang , Persatuan Squash dihadiri oleh Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha , seorang wakil dari MSNNS dan 3 orang jurulatih Pelapis.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN