Friday, May 31, 2013

Laporan Hari Akhir Kejohanan Memanah Remaja Zon Selatan 2013

Tarikh : 30 Mei 2013
Tempat : Padang SMK Seri Pagi Seremban
Hari terakhir kejohanan berlangsung bagi jarak 40meter dan 30meter  lelaki dan wanita. Acara bermula pada jam 8.45 pagi bagi latihan rasmi dan pertandingan. Keputusan keseluruhan kejohanan menyaksikan atlet Pelapis Negeri Sembilan menguasai pingat emas bagi jarak 60,50,40 dan 30 meter kategori lelaki dan wanita. Atlet Pelapis Negeri Johor berjaya memperolehi pingat gangsa jarak 60m dan 30m lelaki.Atlet wanita dari Melaka Komaleswary berjaya memperolehi pingat perak bagi acara 30m dan gangsa bagi jarak 50meter. Pemenang bagi keseluruhan kategori lelaki dimenangi oleh Mohd Syamim Bin Yazid dari Negeri Sembilan dengan jumlah 1228 mata. Atlet wanita Fatin Syazlin Binti Mohd Shams dari Negeri Sembilan berjaya mengumpul 1053 mata untuk keseluruhan kategori wanita. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En Rashid Ramli selaku Ketua Unit Pelapis Negeri Majlis Sukan Negara. Tetamu jemputan Pengetua SMK Seri Pagi turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.Semoga dengan adanya pertandingan diperingkat zon akan memberi pendedahan kepada atlet - atlet baru disamping dapat menilai prestasi sebelum menyertai kejohanan diperingkat kebangsaan.
Laporan Oleh
Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Memanah USPTN Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN