Monday, June 10, 2013

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN BAWAH16 TAHUN 2013

Tarikh : 5 .hingga 9 Jun 2013
Tempat : Lapang Sasar Memanah Negara, Kompleks Sukan Keramat, Taman Keramat.
Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan 2013 telah berlangsung, 16 pasukan mengambil bahagian, seramai 139 atlet dari pusat latihan negeri menyertai kejohanan ini.Negeri Sembilan menghantar 4 atlet lelaki , 7 atlet wanita dan 2 orang jurulatih. Berikut adalah pencapaian terbaik bagi atlet Negeri Sembilan:
Jarak 70meter lelaki ( gangsa ) Mohd Syamin Bin Yazid - 293 mata
Jarak 60 meter lelaki ( gangsa ) Mohd Syamin Bin Yazid - 303 mata
Jarak 50 Meter lelaki ( perak ) Mohd Hidayah Bin Razal - 299 mata
Pusingan Olimpik
Berpasukan lelaki ( perak ) Mohd Hidayah , Mohd Syamin Bin Yazid, Mohd Khaizuran Bin Kamal dan Deniel Hakimi Bin Basri.
Secara keseluruhan pencapaian atlet Negeri Sembilan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini menunjukkan prestasi yang baik berdasarkan pungutan mata dan pusingan olimpik.Sekalung tahniah kepada yang semua yang mengambil bahagian dan semoga prestasi pasukan Negeri Sembilan akan meningkat di kejohanan akan datang.
Laporan oleh Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Memanah USPTN Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN