Wednesday, June 19, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN BADMINTON


SUKAN: BADMINTON
Tarikh   : 18/06/2013                                                                               Masa    : 5.20 ptg
Tempat :  Dewan Ma Hwa, Rasah

Kehadiran: 
1. En. Siow Wei Keong - JPM
2. En. Selvaduray a/l Alageri - JSM
3. Pn. Leong Chooi Eng - JSM
4. Atlet  - 10 lelaki, 8 wanita

LATIHAN
1. Multi shuttle

ULASAN
1. En Siow Wei Keong telah kembali memulakan tugas sebagai jurulatih pada 16 Jun 2013 yang lalu setelah permohonan beliau diluluskan oleh pihak KPM. Beliau kini adalah jurulatih penuh masa di bawah program BAM. 
2. Mendapatkan maklumat tentang penyertaan dan pencapaain atlet pada Kejohanan MSSM di Labuan pada 3 - 10 Jun 2013 lalu. Seramai 9 atlet lelaki dan 10 atlet wanita di bawah program telah menyertai kejohanan ini. Negeri Sembilan telah memperolehi 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Antara atlet di bawah program yang membantu menyumbangkan pingat ini adalah Kelly Siow Zhi Xin/Kisona a/p Selvaduray pada acara Bergu Wanita B15 (Emas) dan Mohd Rausyan Shah b. Mohd Ridzuan Shah/Chen Tang Jie Bergu Lelaki B15 (Gangsa). 
3. 2 pingat perak pula adalah dari atlet SSBJ iaitu Kisona a/p Selvaduray acara Perseorangan Wanita B15 dan Chen Tang Jie pada acara Perseorangan Lelaki B15.
4. Juga dimaklumkan oleh En. Siow seramai 11 atlet lelaki dan 3 atlet wanita telah terpilih ke Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir di Kuantan, Pahang pada 12 - 16 Jun yang lalu. 



Laporan di sediakan oleh:

Zaria bt. Razali
SDO Badminton Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN