Friday, September 27, 2013

PEMANTAUAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW UITM 2013

Laporan Pemantauan Kejohanan Sepak Takraw UITM 2013
Tarikh: 14 September 2013 Masa:  3.00 - 6.00ptg
Tempat: Kompleks Sukan UITM
Atlet:  12 orang
Jurulatih
1. En Md Isa bin Sidek
2. Wan Mohd Fazriq
Turut Hadir:
En M.Rizal bin Musa
PERTANDINGAN
Kejohanan Sepak Takraw Terbuka UITM 2013 , 11 - 15 Sept 2013.
ULASAN
1. Regu U15 tahun,N.Sembilan johan kumpulan ( B ) layak ke suku akhir. Keputusan tewas kepada PLN Selangor 2- 1
2. Regu ( A )U18 kumpulan C tewas 2 perlawanan diperingkat kumpulan.
3.Regu ( B ) U18 kumpulan F layak ke pusingan ke2 keputusan N. Sembilan tewas kepada pasukan Johor Gemilang C. 1- 2.
Ulasan
Majoriti pemain adalah kali pertama menyertai kejohanan luar namun mereka menunjukkan kesunguhan dan sekiranya diberi pendedahan kami yakin pasukan muda ini mampu menyinar dimasa akan datang.
Sekian terima kasih
Laporan di sediakan oleh:

Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Sepak Takraw USPTNNS

LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH TAEKWONDO

Tarikh   : 27/09/2013  

Masa    : 9.00 pagi

Tempat :  MSN NS


KEHADIRAN: 

 1. En. Saravanan a/l Krishnan - JSM 


ULASAN

1. Perbincangan bersama jurulatih tentang slide pembentangan jurulatih yang akan dibentangkan semasa Bengkel Jurulatih di Johor nanti.

2. Memaklumkan kepada jurulatih supaya menyenaraikan nama-nama atlet yang akan terlibat di kejohanan taekwondo remaja kebangsaan bulan oktober ini nanti. Dimaklumkan oleh jurulatih, satu kejohanan akan dijalankan pada hari ahad ini dan nama atlet yang terpilih nanti akan diserahkan minggu depan.

3. Memaklumkan sekali lagi kepada jurulatih agar membuat Ujian Kecergasan dan Spesifik pada semua atlet.


 

Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Taekwondo Negeri Sembilan

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN PELAYARAN USPTN NEGERI SEMBILAN

LAPORAN PEMANTAUAN DAN PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET PELAYARAN USPTNNS
Tarikh: 22 September 2013 Masa:  10.00Pg
Tempat: Pusat Pelayaran Bagan Pinang, Port Dickson
Kehadiran: 16 lelaki 2 wanita
Jurulatih
1. En Abdul Halim Bin Hasan
2. En Azhari Bin Mohd Awal
3. En Lawrence Yeow
ULASAN
1. Atlet melakukan latihan fizikal dan melakukan pemeriksaan peralatan.
2. kehadiran atlet memuaskan dan ada dari kalanggan pelajar sekolah yang masih baru menyertai sukan pelayaran.
3. Pihak persatuan telah mengadakan perbincangan bersama penjaga pelajar yang menghadapi masalah disiplin.
4. Keselamatan atlet perlu diutamakan dan perkara ini telah dibincangkan bersama jurulatih terutama ketika turun ke laut, jurulatih perlu pastikan bot berada dalam keadaan baik dan turun awal.
5.Persatuan hanya akan membeli minyak secara berperingkat bagi mengelakkan berlaku kecurian.
6.Persatuan diminta untuk mengenalpasti jurulatih yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan.
Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Pelayaran USPTNNS

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SUKAN SQUASH KALI 02/ 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SQUASH KALI 02/2013

Tarikh: 24 September 2013 Masa:  10.00 pg
Tempat :Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Sembilan

Kehadiran: 
En Jefry Ngadirin ( Pengerusi ) Pengarah Cawangan Pelapis
En Rashid Ramli ( Ketua Unit Pelapis Negeri )
En Giam Fook Pang ( Pengurus Sukan  )
Presiden Persatuan Squash Negeri Sembilan dan 1 wakil
Majlis Sukan Negeri Sembilan ( 2 wakil )
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan ( 1 wakil )
Ketua Unit Sukan JPNS dan 1 wakil
P.Ketua Unit USPTNNS
En Tamiddi ( JPM )
En Zulbahrin Ibrahim ( JSM )
En Sivaji ( JSM )

ULASAN

1. Mesyuarat bermula pada jam10.00 pagi. Semua ahli jawatankuasa yang dijemput hadir kemesyuarat.

2. Beberapa pendekatan dan keputusan bagi penambahbaikan program squash USPTNNS telah dicapai semasa mesyuarat seperti :
Program latihan Jurulatih, kelayakan atlet dan kemasukan atlet ke program pelapis negeri, laporan jurulatih, penambahan jurulatih sambilan, kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan disiplin atlet.

3.Pengerusi berharap semua pihak dapat bekerjasama dalam membanggunkan sukan squash di Negeri Sembilan.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:
 
Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Squasy USPTNNS

PERJUMPAAN JURULATIH SQUASH USPTN NEGERI SEMBILAN


LAPORAN PERJUMPAAN JURULATIH
Tarikh: 18 September 2013 Masa:  9.00 mlm
Tempat: Kompleks Sukan Seremban 2.
Jurulatih
1. En Mohd Tamidi Bin Saad
2. En Zulbahrin bin Ibrahim
3. En Sivaji Ganesan
ULASAN
1. Perjumpaan bersama jurulatih skuasy USPTN bagi mendapatkan maklumat aktiviti dan perancangan jurulatih.
2. Coah Zulbahrin memaklumkan seramai 50orang pelajar dari SMK Seri menjalani latihan di Pusat Skuasy Seri Pagi.Pemilihan atlet secara beperingkat dilakukan berdasarkan kecergasan, prestasi latihan dan disiplin bagi memastikan .latihan diadakan 2 kali seminggu pada  masa ini,mengikut aktiviti sekolah.Coah juga mengadakan latihan di Pusat Rakan Muda Kuala Pilah pada hari Selasa, khamis,jumaat dan Sabtu.
3.Coah Tamidi diminta untuk mengemaskini program latihan dan sentiasa memantau perkembangan atlet yang menjalani latihan dibawah JSM.
4. Coah Sivaji memaklumkan bahawa atlet di Port Dickson adalah bawah 12 tahun dan agak sukar untuk mengadakan ujian kecergasan dan memerlukan format yang sesuai bagi had umur tersebut.Coah Tamidi bersetuju untuk membantu JSM bagi aktiviti tersebut.
Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO squash USPTNNS

Thursday, September 26, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh   : 24/9/2013  

Masa    : 5.15 petang

Tempat :  Kompleks Sukan Paroi


KEHADIRAN: 

1. En. Rossyam b. Ahmad - JSM

2. Atlet - 8 lelaki

 

LATIHAN

1. Snatch balance - max/set 

2. Snatch classic - max/set


ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa. Atlet-atlet yang terlibat pada kejohanan di Putrajaya nanti sedang giat menjalani latihan. Memaklumkan kepada jurulatih tentang program klinik angkat berat yang perlu dilaksanakan mengikut KPI yang telah ditetapkan.

2. Terdapat 3 orang atlet baru yang belum didaftarkan dalam program pelapis turut sama menjalani latihan ini. 


 

Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Angkat Berat Negeri Sembilan

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TINJU

Tarikh   : 24/9/2013                                                                

Masa    : 4.30 ptg.

Tempat :  Pusat Latihan Tinju, Paroi


Kehadiran: 

1. En. Mohd Nazwan Shah b. Johari  - JSM

2. En. Mohd Fitri b. Omar - JSM


LATIHAN

1. Basic

2. Punching bag

3. Cooper 8 round - tanpa ring dan ring

    - in out 1 - level 3, in out 2 - level 3, in out 3 - level 3 & in out 4 - level 3


ULASAN

1. Perbincangan bersama jurulatih tentang canvas ring yang koyak. Canvas yang koyak telah ditampal tidak akan bertahan lama kerana ia sering digunakan oleh atlet bagi latihan.  Mohon jurulatih untuk mendapatkan beberapa sebutharga bagi membuat permohonan bantuan peralatan ke pihak cawangan.

2. Memaklumkan kepada jurulatih agar menjalankan ujian kecergasan pada semua atlet.



 

Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Tinju Negeri Sembilan

  

Tuesday, September 24, 2013

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 1 / 2013

Laporan Hari Ke-4(Akhir)

Tarikh   : 22 September 2013 ( Ahad)
Tempat  : Kelab Menembak Pulau Pinang

1. Hari ini merupakan hari terakhir Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 1/2013. Acara yang berlangsung hari ini ialah Air Rifle Lelaki dan Wanita Berpasukan.

2.  Atlet Ahmad Najmi b. Mazlan hanya menembak untuk ' qualified score '     ( MQS ) kerana penyertaan tidak cukup 3 orang bagi melengkapkan acara air rifle lelaki berpasukan.

3. Manakala bagi acara wanita pula yang lengkap berpasukan telah memperolehi pingat gangsa dalam acara ini.



Sunday, September 22, 2013

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 1/2013



Laporan Hari Ke-3

Tarikh   : 21 September 2013 (Sabtu)
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
1. Acara yang berlangsung pada hari ini ialah acara Air Pistol Wanita dan Lelaki Berpasukan.
2. Memandangkan penyertaan atlet negeri tidak mencukupi 3 orang bagi melengkapkan acara berpasukan maka mereka hanya menembak untuk ' qualified score ' ( MQS ) sahaja.
3. Setelah selesai acara berpasukan lelaki dan wanita acara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Hadiah bagi acara yang telah selesai pada hari pertama, kedua dan ketiga ini. Majlis penyampaian hadiah ini telah diserikan dengan kehadiran Dato ' Ab. Jalil b. Abdullah iaitu Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan, Majlis Sukan Negara Malaysia.


Laporan disediakan oleh,
Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan

Saturday, September 21, 2013

LAPORAN HARI KE-2 KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN







Laporan Hari Ke-2

Tarikh   : 20 Sept. 2013 ( Jumaat)

Tempat : Lapang Sasar Pulau Pinang

1. Acara yang berlangsung pada hari ke-2 ini adalah Air Rifle Wanita dan Lelaki (Individu).

2. Tiga orang atlet wanita dan seorang atlet lelaki negeri telah menyertai acara ini.

3. Pada acara Air Rifle Wanita, Siti Noorzaimira bt. Mohd Zaini telah memperolehi pingat perak. Atlet lelaki Ahmad Najmi b. Mazlan menduduki tempat ke-4.


Laporan disediakan oleh
Zaria bt. Razali
SDO Menembak NS




Friday, September 20, 2013

Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 tahun Sirkit 1/2013







Tarikh   : 19 - 22 September 2013
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Laporan Hari Pertama - 19 September 2013 (Khamis)

1. Acara yang dipertandingkan pada hari pertama adalah acara Air Pistol Lelaki yang bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi. Hanya seorang atlet Negeri Sembilan yang menyertai acara ini.

2. Seterusnya acara Air Pistol Wanita yang bermula pada jam 12.00 tengahari. Bagi acara ini 2 orang atlet negeri terlibat.


Laporan disediakan oleh :
Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan

Friday, September 13, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN BADMINTON

arikh   : 12/9/2013  

Masa    : 4.30 petang

Tempat :  Dewan NSCRC, Seremban


Kehadiran: 

1. En. Siow Wei Keong - JPM

2. En. Selvaduray - JSM

2. Atlet  - 9 lelaki, 5 wanita


 LATIHAN

1. Multi shuttle

2. Attack and defend

3. 2 against 1


ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa dan pada masa yang sama latihan turut berjalan di Dewan Ma Hwa. 

2. Atlet-atlet yang menghadapi peperiksaan diberi kelonggaran dari menghadiri latihan.



 

Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Badminton Negeri Sembilan

Tuesday, September 10, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh   : 9/9/2013  

Masa    : 5.30 petang

Tempat :  Kompleks Sukan Paroi


KEHADIRAN: 

1. En. Rossyam b. Ahmad - JSM

2. Atlet - 8 lelaki

 

LATIHAN

1. Standing clean

2. Military press

3. Strength & conditioning

  


ULASAN

1. Membincangkan tentang perkara yang dimaklumkan oleh En. Shaif tentang kerosakan peralatan angkat berat dan membincangkan penyertaan atlet yang akan ke kejohahan di Putrajaya nanti.



 


Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Angkat Berat Negeri Sembilan


USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN