Monday, October 7, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  :  3/10/2013  

Masa    : 5.00 petang

Tempat :  Lapang Sasar Mantin


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 2 lelaki,  5 wanita 

 

LATIHAN

1. A/P - 30 shots grouping centre, dry fire, duelling 50 siri

2. A/R - 30 shots grouping centre, attach 5 shot, 10shots grouping/white

            target, combination side and trigger , dry fire


ULASAN

1. Latihan hari ini adalah di ruang 10M sahaja. Ini kerana ruang 25M dan    50 M tidak boleh digunakan kerana persiapan Pertandingan Menembak Novelti Bersama DYMM Yang DiPertuan Besar NS Dan DYMM Tuanku Ampuan Besar NS. 

2. Dimaklumkan oleh jurulatih tentang senjata berada dalam keadaan yang  tidak boleh dikatakan baik. Senjata yang rosak dan boleh dibaiki akan dibaiki oleh jurulatih sendiri. Keadaan semua senjata telah uzur, setiap kali akan berlaku kerosakan sama ada semasa latihan atau waktu kejohanan. Peluru yang dibeli melalui peruntukan MSNM telah kurang iaitu hanya tinggal 1,300 butir sahaja. Kertas target untuk acara rifle juga telah kurang. Perkara ini telah dimaklumkan oleh penyelaras MSN NS untuk tindakan lanjut.

3. Latihan tidak dapat dijalankan hari esok iaitu hari sabtu 5hb. kerana Pertandingan Menembak Novelti Bersama DYMM Yang DiPertuan Besar NS Dan DYMM Tuanku Ampuan Besar NS.


 

Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan





LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh   : 2/10/2013  

Masa    : 5.00 petang

Tempat :  Kompleks Sukan Paroi


KEHADIRAN: 

1. En. Rossyam b. Ahmad - JSM

2. Atlet - 8 lelaki

 

LATIHAN

1. Power snatch, clean and dip

2. Snatch balance



ULASAN

1. Membincangkan tentang Geran Bantuan RM 5,000.00 yang diberikan kepada unit untuk membeli peralatan sukan. Mohon jurulatih untuk menyenaraikan bentuk peralatan beserta unit dan kosnya. Pembelian peralatan ini tidak melibatkan jumlah yang besar dengan amaun ribuan ringgit.

2. Peralatan sukan angkat berat dimaklumkan oleh jurulatih berada dalam keadaan baik. Tiada masalah yang besar tentang peralatan sukan. Kehadiran atlet jurulatih berpuas hati. Cuma pada hari rabu kehadiran atlet agak kurang kerana menghadiri Ko-Ko.

3. Turut membincangkan bersama jurulatih tentang Program Klinik Angkat Berat. Membincangkan penceramah yang akan dijemput dan perancangan kali ini akan cuba menjemput atlet angkat berat yang telah berjaya bagi memenuhi slot program nanti.

 


Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Angkat Berat Negeri Sembilan


LAPORAN PEMANTAUAN PLN TINJU

Tarikh   : 2/10/2013                                                                

Masa    : 4.30 ptg.

Tempat :  Pusat Latihan Tinju, Paroi


Kehadiran: 

1. En. Mohd Nazwan Shah b. Johari  - JSM

2. En. Mohd Fitri b. Omar - JSM

3. Atlet - 7 lelaki


LATIHAN

1. Cooper partner

2. Punching bag


ULASAN

1. Shamsul Kyrie atlet pelapis NS telah terpilih ke Kejohanan Tinju Piala Malaysia pada 7 - 12 Oktober di Kota Kinabalu, Sabah. Peruntukan bajet adalah melalui MSN Negeri Sembilan.

2. Memaklumkan kepada jurulatih tentang pembelian peralatan sukan melalui Geran bantuan sebanyak RM 5,00.00. Pembelian peralatan ini bukan sahaja untuk tinju tetapi untuk semua sukan di USPTN NS. Mohon jurulatih untuk menyenaraikan peralatan yang diperlukan beserta unit dan kosnya.

3. Perbincangan tentang masalah peralatan sukan dan kehadiran atlet tinju. Dimaklumkan oleh jurulatih setakat ini peralatan tinju tiada masalah. Hanya canvas sahaja yang perlu ditukar baru. Canvas yang koyak sebelum ini telah dijahit oleh jurulatih tetapi tidak akan tahan lama dan tidak sesuai digunakan untuk kejohanan.

4. Bagi kehadiran atlet setakat ini jurulatih berpuas hati. Atlet yang menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tahun ini diberi kelonggaran bagi memberi ruang untuk mereka menumpukan pada pelajaran.

5. Atlet yang tidak menghadapi peperiksaa utama kehadiran mereka tidak begitu membimbangkan. Jurulatih akan dimaklumkan terlebih dahulu oleh atlet jika tidak dapat hadir dan jurulatih akan memberikan amarah kepada mereka jika tidak hadir lama ke latihan.



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Tinju Negeri Sembilan


LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH MENEMBAK

Tarikh   : 2/10/2013                                                                  

Masa    : 12.00 tengahari

Tempat :  MSN Negeri Sembilan


Kehadiran: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim  - JPM


 

ULASAN

1. Membincangkan tentang pembelian peralatan menembak.

2. Dimaklumkan oleh jurulatih latihan pada hari sabtu 5hb. tidak dapat dijalankan kerana pada hari tersebut lapang sasar digunakan untuk Pertandingan Menembak Novelti Bersama DYMM Yang DiPertuan Besar NS Dan DYMM Tuanku Ampuan Besar NS. 

3. Turut membincangkan tentang pemilihan atlet bagi Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Sirkit 5,2013 pada 10 - 13 Oktober 2013 ini nanti.



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan


Thursday, October 3, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  :  27/9/2013  

Masa    : 4.30 petang

Tempat :  Lapang Sasar Mantin


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 2 lelaki,  5 wanita 

 

LATIHAN

1. A/P & A/R - 30 shot grouping

          -  latihan mengawal 'fore-sight' dan 'back-sight dalam alignmen



ULASAN

1. Atlet sedang menjalani latihan bagi persiapan untuk kejohanan dalaman bersama atlet menembak Melaka.

2. Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet setelah selesai latihan bagi membincangkan tentang latihan bersama dan kejohanan dalaman pada hari esok.

3. Atlet yang telah diberi cuti oleh jurulatih daripada menghadiri latihan kerana menghadapi peperiksaan PMR dan SPM akan turut serta pada kejohanan dalaman ini.



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan




USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN