Monday, October 7, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh   : 2/10/2013  

Masa    : 5.00 petang

Tempat :  Kompleks Sukan Paroi


KEHADIRAN: 

1. En. Rossyam b. Ahmad - JSM

2. Atlet - 8 lelaki

 

LATIHAN

1. Power snatch, clean and dip

2. Snatch balance



ULASAN

1. Membincangkan tentang Geran Bantuan RM 5,000.00 yang diberikan kepada unit untuk membeli peralatan sukan. Mohon jurulatih untuk menyenaraikan bentuk peralatan beserta unit dan kosnya. Pembelian peralatan ini tidak melibatkan jumlah yang besar dengan amaun ribuan ringgit.

2. Peralatan sukan angkat berat dimaklumkan oleh jurulatih berada dalam keadaan baik. Tiada masalah yang besar tentang peralatan sukan. Kehadiran atlet jurulatih berpuas hati. Cuma pada hari rabu kehadiran atlet agak kurang kerana menghadiri Ko-Ko.

3. Turut membincangkan bersama jurulatih tentang Program Klinik Angkat Berat. Membincangkan penceramah yang akan dijemput dan perancangan kali ini akan cuba menjemput atlet angkat berat yang telah berjaya bagi memenuhi slot program nanti.

 


Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Angkat Berat Negeri Sembilan


No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN