Monday, October 7, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  :  3/10/2013  

Masa    : 5.00 petang

Tempat :  Lapang Sasar Mantin


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 2 lelaki,  5 wanita 

 

LATIHAN

1. A/P - 30 shots grouping centre, dry fire, duelling 50 siri

2. A/R - 30 shots grouping centre, attach 5 shot, 10shots grouping/white

            target, combination side and trigger , dry fire


ULASAN

1. Latihan hari ini adalah di ruang 10M sahaja. Ini kerana ruang 25M dan    50 M tidak boleh digunakan kerana persiapan Pertandingan Menembak Novelti Bersama DYMM Yang DiPertuan Besar NS Dan DYMM Tuanku Ampuan Besar NS. 

2. Dimaklumkan oleh jurulatih tentang senjata berada dalam keadaan yang  tidak boleh dikatakan baik. Senjata yang rosak dan boleh dibaiki akan dibaiki oleh jurulatih sendiri. Keadaan semua senjata telah uzur, setiap kali akan berlaku kerosakan sama ada semasa latihan atau waktu kejohanan. Peluru yang dibeli melalui peruntukan MSNM telah kurang iaitu hanya tinggal 1,300 butir sahaja. Kertas target untuk acara rifle juga telah kurang. Perkara ini telah dimaklumkan oleh penyelaras MSN NS untuk tindakan lanjut.

3. Latihan tidak dapat dijalankan hari esok iaitu hari sabtu 5hb. kerana Pertandingan Menembak Novelti Bersama DYMM Yang DiPertuan Besar NS Dan DYMM Tuanku Ampuan Besar NS.


 

Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan





No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN