Monday, October 7, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TINJU

Tarikh   : 2/10/2013                                                                

Masa    : 4.30 ptg.

Tempat :  Pusat Latihan Tinju, Paroi


Kehadiran: 

1. En. Mohd Nazwan Shah b. Johari  - JSM

2. En. Mohd Fitri b. Omar - JSM

3. Atlet - 7 lelaki


LATIHAN

1. Cooper partner

2. Punching bag


ULASAN

1. Shamsul Kyrie atlet pelapis NS telah terpilih ke Kejohanan Tinju Piala Malaysia pada 7 - 12 Oktober di Kota Kinabalu, Sabah. Peruntukan bajet adalah melalui MSN Negeri Sembilan.

2. Memaklumkan kepada jurulatih tentang pembelian peralatan sukan melalui Geran bantuan sebanyak RM 5,00.00. Pembelian peralatan ini bukan sahaja untuk tinju tetapi untuk semua sukan di USPTN NS. Mohon jurulatih untuk menyenaraikan peralatan yang diperlukan beserta unit dan kosnya.

3. Perbincangan tentang masalah peralatan sukan dan kehadiran atlet tinju. Dimaklumkan oleh jurulatih setakat ini peralatan tinju tiada masalah. Hanya canvas sahaja yang perlu ditukar baru. Canvas yang koyak sebelum ini telah dijahit oleh jurulatih tetapi tidak akan tahan lama dan tidak sesuai digunakan untuk kejohanan.

4. Bagi kehadiran atlet setakat ini jurulatih berpuas hati. Atlet yang menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tahun ini diberi kelonggaran bagi memberi ruang untuk mereka menumpukan pada pelajaran.

5. Atlet yang tidak menghadapi peperiksaa utama kehadiran mereka tidak begitu membimbangkan. Jurulatih akan dimaklumkan terlebih dahulu oleh atlet jika tidak dapat hadir dan jurulatih akan memberikan amarah kepada mereka jika tidak hadir lama ke latihan.



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Tinju Negeri Sembilan


No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN