Monday, November 18, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TAEKWONDO

Tarikh   : 17/11/2013  

Masa    : 4.00 petang

Tempat :  Kompleks Sukan Seremban 2


KEHADIRAN: 

1. En. Saravanan a/l Krishnan  - JSM

2. Atlet -  6 lelaki,  5 wanita 


LATIHAN

1. Teknik 'sparing' - serang dan balas serangan

2. Free sparing


ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa.

2. Perjumpaan jurulatih, atlet dan ibubapa bagi menerangkan serba sedikit tentang program pelapis.  Para atlet yang hadir hari ini adalah atlet baru. Memaklumkan tentang satu perjumpaan bersama ibubapa dan atlet akan diadakan pada tahun depan. Segala maklumat berkenaan perjumpaan ini akan dimaklumkan kelak.

3. memaklumkan tentang Program Kem Motivasi Atlet-Atlet USPTN Ns yang akan di adakan pada 29 - 30 November dan 1 Disember 2013 di Rembau. Seramai 3 orang atlet taekwondo telah dipilih untuk menyertainya. Kecederaan yang dialami oleh Siti Norafifah bt. Mohd Zawahir masih tidak baik. Maka atlet ini akan diganti oleh atlet lain.

4. Muhammad Aqmar b. Azmi Nor telah mula menjalani latihan. Hanya latihan jenis 'light' sahaja diberikan oleh jurulatih. Ini bagi mengelakkan latihannya terkena jari. Dimaklumkan oleh ibunya, pemeriksaan kali ke-2 akan dibuat pada 21 November ini.



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Taekwondo Negeri Sembilan


No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN