Tuesday, July 22, 2014

Pemantauan Pusat Latihan Tenpin Boling USPTNNS

Pemantauan Pusat Latihan T.Boling

Tarikh: 20Julai 2014
Tempat : Pusat Latihan Boling UBowl Jusco, Seremban 2.
Masa : 12pm - 1.00pm

Kehadiran : Tn Hj Abdul Manan Bin Kadir dan En Mohamd Ali Hanafiah.
Atlet            : 7 lelaki 5 wanita.

Latihan:

1. Latihan yang dijalankan tertumpu kepada bowling skill - release ball dan standing

2. Setiap Atlet dinilai melalui balingan dan jurulatih membahagikan kepada dua kumpulan iaitu atlet open dan graded.

3.kadangkala michine roll ball tersangkut menyebabkan scrach pada bola.

Ulasan
Perjumpaan bersama wakil persatuan bagi memilih baki kejohanan, setelah dipersetujui jurulatih dan persatuan bersetuju untuk memilih Kejohanan Perak Leg pada hujung bulan Ogos sebagai kejohanan terakhir dan kejohanan Johor Leg pada pertengahan bulan dibiayai sendiri.

Latihan tamat pada jam 1.00pm dan breafing dari jurulatih selepas latihan di lane.

Sekian terima kasih

Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO T.Boling USPTNNS.

Thursday, July 10, 2014

Pemantauan Pusat Latihan T.Boling

Pemantauan Pusat Latihan T.Boling

Tarikh: 6 Julai 2014
Tempat : Pusat Latihan Boling UBowl Jusco, Seremban 2.
Masa : 10am - 1.00pm

Kehadiran : En Abdul Manan Bin Kadir dan En Mohamd Ali Bin Hanafiah
Atlet            : 11 lelaki 6 wanita.

Latihan:

1. Latihan teknikal ( kneel down Drill )- kedudukan kaki kanan teģak didepan kaki kiri di board 20. Siku kiri menongkat diatas lutut kiri, badan dan kepala condong ke hadapan, mata fokus kearah arrow.

2. Balance Line Drill - Sebelum garisan hitam kaki kiri diatas board 20, lutut kiri dicondongkan kehadapan kaki kanan dibelakang kearah jam 7.tangan kiri didepakan kearah jam 8.Tangan dijuntaikan kebawah dengan memegang bola. Hayunan bola dengan lembut kearah depan.Bola boleh digolek lurus atau dipusingkan sedikit dengan pergelangan tangan sebanyak 15darjah, 30darjah atau 60 darjah.Selepas bola digolek kedudukan badan perlu kekal tanpa bergerak.Proses diatas diulang sepenuh tumpuan selama 20 minit.

Ulasan
Latihan dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula pada jam 10 - 1.00pm ( latihan akan ditambah mengikut pelepasan  pelajar - program sekolah bulan ramadhan dan pengangkutan kerana majoriti atlet dihantar sendiri oleh ibubapa.

Latihan tamat pada jam 1.00pm dan breafing dari jurulatih selepas latihan di lane.

Sekian terima kasih

Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO T.Boling USPTNNS.

Monday, July 7, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TAEKWONDO

Tarikh   : 5/7/2014 

Masa    : 9.00 malam

Tempat :  Kompleks Sukan Seremban 2


KEHADIRAN: 

1. En. Saravanan a/l Krishnan  - JSM

2. En. Kaneswaran a/l Khalaitasan - JSM

3. Atlet -  9 lelaki,  4 wanita 


LATIHAN

1. Sparing technique

2. Copping kick


ULASAN

1. Kehadiran atlet pada bulan puasa ini agak kurang.

2. Pada bulan puasa ini masa latihan dipendekkan bermula jam 8.30 malam hingga 10.00 malam.

3. Memaklumkan pada atlet yang hadir, terutama atlet-atlet baru yang beragama islam jangan bermuka puasa dengan makanan yang banyak.




Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Taekwondo Negeri Sembilan


LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 3/7/2014 

Masa    : 4.00 ptg.

Tempat :  Lapang Sasar Mantin


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 2 lelaki,  7 wanita 

 

LATIHAN

1. A/P & A/R - 10 shots click, 5 shots grouping 10 result

2. Prone - 20 shots grouping


ULASAN

1. Latihan atlet pada bulan puasa ini bermula jam 3.00 petang hingga 5.30 petang dan kehadiran atlet pada bulan puasa ini kurang.

2. Memaklumkan kepada jurulatih tentang kem menembak 2014 mungkin akan dilaksanakan selepas raya ini pada bulan 8. Jurulatih perlu menyenaraikan beberapa orang atlet terbaik didalam program untuk dibawa ke kem tersebut.



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN