Thursday, July 10, 2014

Pemantauan Pusat Latihan T.Boling

Pemantauan Pusat Latihan T.Boling

Tarikh: 6 Julai 2014
Tempat : Pusat Latihan Boling UBowl Jusco, Seremban 2.
Masa : 10am - 1.00pm

Kehadiran : En Abdul Manan Bin Kadir dan En Mohamd Ali Bin Hanafiah
Atlet            : 11 lelaki 6 wanita.

Latihan:

1. Latihan teknikal ( kneel down Drill )- kedudukan kaki kanan teģak didepan kaki kiri di board 20. Siku kiri menongkat diatas lutut kiri, badan dan kepala condong ke hadapan, mata fokus kearah arrow.

2. Balance Line Drill - Sebelum garisan hitam kaki kiri diatas board 20, lutut kiri dicondongkan kehadapan kaki kanan dibelakang kearah jam 7.tangan kiri didepakan kearah jam 8.Tangan dijuntaikan kebawah dengan memegang bola. Hayunan bola dengan lembut kearah depan.Bola boleh digolek lurus atau dipusingkan sedikit dengan pergelangan tangan sebanyak 15darjah, 30darjah atau 60 darjah.Selepas bola digolek kedudukan badan perlu kekal tanpa bergerak.Proses diatas diulang sepenuh tumpuan selama 20 minit.

Ulasan
Latihan dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula pada jam 10 - 1.00pm ( latihan akan ditambah mengikut pelepasan  pelajar - program sekolah bulan ramadhan dan pengangkutan kerana majoriti atlet dihantar sendiri oleh ibubapa.

Latihan tamat pada jam 1.00pm dan breafing dari jurulatih selepas latihan di lane.

Sekian terima kasih

Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO T.Boling USPTNNS.

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN