Tuesday, August 26, 2014

Pemantauan Pusat Latihan Memanah USPTNNS

Pemantauan Pusat Latihan Memanah
Lawatan Audit Bersama Pengurus ( En Giam Fook Pang dan En M.Rizal Bin Musa - K.Unit USPTNNS )
Tarikh   : 22 Ogos 2014 ( jumaat )
Tempat : Pusat Latihan Memanah, SMK Zaba Kuala Pilah
Masa    : 6.00 - 6.45pm
Kehadiran : En Jefry Bin Ngaiman
Atlet         : 8 lelaki 12 wanita.
Latihan:
1.Latihan ( Free Shoot jarak 50 dan 30m )

2.Equipment inspection oleh jurulatih
3. Perjumpaan bersama jurulatih telah diadakan bagi mendapatkan maklumat prestasi atlet dan juga pusat latihan.
Ulasan
Sebelum latihan jurulatih dan atlet telah menghadiri program Anugerah Kecemerlangan Sekolah bagi Olahragawan dan Olahragawati terbaik 2013, Atlet memanah Fatin Syazlin Bt Mohd Syams telah dipilih sebagai Olahragawati dan Amirul Farez Jefry sebagai Olahragawan program diadakan pada jam 3.00 - 5.30 petang.
Secara keseluruhan kehadiran atlet adalah memuaskan, pihak jurulatih telah diminta untuk memantau prestasi atlet melalui latihan dan kejohanan, kerjasama dengan pihak ISN bagi program kecergasan. N.Sembilan juga diharapkan agar dapat menyediakan atlet ke peringkat yang lebih tinggi.
Cadangan untuk mohon bumbung ( mudah alih ) ditempat latihan dan bantuan arrow.
Taklimat Ringkas oleh Pengurus dan Ketua Unit semasa lawatan bagi memberi rangsangan agar atlet N.Sembilan lebih cemerlang.
Sekian terima kasih

Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Memanah USPTNNS.

Monday, August 25, 2014

N.SEMBILAN - PEMANTAUAN BERSAMA PENGURUS - TINJU

Tarikh: 22/08/2014
Masa: 1630 petang
Tempat : Pusat Khas Tinju Paroi

Kehadiran:

Muhamad Nazwan Shah Bin Johari
Mohd Fitri Bin Omar
Atlet : Lelaki - 5 orang

Ulasan

Mengiringi En Giam melawat pusat latihan tinju negeri sembilan di paroi. Atlet menjalani latihan seperti biasa tetapi segelintir atlet tidak dapat menjalani latihan kerana terlibat dalam kelas tambahan dan tuisyen.
- Jurulatih menerangkan cara-cara latihan atlet di sini. kekurangan peralatan latihan juga turut di utarakan kerana peralatan yang sedia ada telah lama dan rosak.

MUZAFAR HAZIZAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI NS

Pemantauan Pusat Latihan USPTNNS Tenpin Boling

Pemantauan Pusat Latihan T.Boling
Lawatan Audit Bersama Pengurus ( En Giam Fook Pang dan En M.Rizal Bin Musa - K.Unit USPTNNS )
Tarikh   : 21 Ogos 2014
Tempat : Pusat Latihan Boling UBowl Jusco, Seremban 2.
Masa    : 5.00 - 6.30pm
Kehadiran : En Abdul Manan dan En Mohamd Ali Hanafiah
Atlet         : 10 lelaki 6 wanita.
Latihan
1.Roll Off Bulanan dan pemilihan atlet bagi Kejohanan Perak Leg pada 29 -31 Ogos 2014.
2.Pendaftaran bermula pada jam 4.00 petang, pemilihan dilakukan oleh
jurulatih dan wakil persatuan. Turut hadir ibubapa atlet.
3. Perjumpaan bersama jurulatih telah diadakan bagi mendapatkan maklumat prestasi atlet dan juga pusat latihan.
Ulasan
Secara keseluruhan, kehadiran atlet adalah memuaskan, pihak jurulatih telahdiminta untuk memantau prestasi atlet melalui latihan dan kejohanan,kerjasama dengan pihak ISN bagi program kecergasan dan menghadiri bengkel bengkel untuk pemantapan program.
Sekian terima kasih
Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO T.Boling USPTNNS.

N.SEMBILAN - PEMANTAUAN BERSAMA PENGURUS - SQUASH

Tarikh: 21/08/2014
Masa: 1630 petang
Tempat : Komplek Sukan Seremban 2

Kehadiran:

Lelaki - 5 orang
Perempuan - 1

Ulasan

- Mengiringi En Giam melawat pusat latihan squash di seremban 2. En Giam telah pun melihat gelanggang yang rosak. MSN negeri telah menghantar budget ke SUK Negeri dan proses pembaikan di dalam proses.
- En Tarmidi telah menyatakan hasratnye kepada En Giam mengenai hasratnya yang tidak mahu menyambung kontrak.





MUZAFAR HAZIZAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI NS

N.SEMBILAN - PEMANTAUAN PLN - SQUASH

Tarikh: 20/08/2014
Masa: 1600 petang
Tempat : Komplek Sukan Seremban 2

Kehadiran:

1. Atlet Lelaki - 4 orang
2. Atlet Perempuan - 1 orang


LATIHAN

1. Basic Drill
2. match

UJIAN

- Tiada

PERTANDINGAN

- tiada

KECEDERAAN

- Tiada

PERALATAN

1. Tiada

PROGRAM BINAAN

- Tiada

ULASAN

- Kehadiran atlet lewat semasa latihan kerana terlibat dengan kelas tuisyen dan kelas tambahan.

MUZAFAR HAZIZAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI NS

Wednesday, August 20, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 19/8/2014 

Masa    : 5.00 ptg.

Tempat :  Lapang Sasar Mantin


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 1 lelaki,  4 wanita 

 

LATIHAN

1. A/R & Prone - 10 shots click, 10 shots result(9) in


ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa. Pada sebelah pagi latihan dijalankan dengan kehadiran 4 orang atlet yang tidak bersekolah dan pelajar universiti  yang bercuti dan sedang dalam praktikal.

2. Kehadiran kurang memuaskan kerana atlet yang berumur 15 masih belum selesai menduduki Peperiksaan PT3. Bagi atlet berumur 17 tahun pula akan mengahadapi Peperiksaan Percubaan SPM. 

3. Perbincangan dengan jurulatih tentang pergerakan dan pelepasan atlet ke Kem Bakat Sukan Menembak pada 23 - 28 Ogos ini dan Majlis Insentif Sukma serta penyertaan ke Kejohanan Menembak Piala Chia Woh. 



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan


PEMANTAUAN PLN TINJU

Tarikh: 19/08/2014
Masa: 1600 petang
Tempat : Pusat Khas Tinju Paroi

Kehadiran: 

1. Atlet Lelaki - 4 orang


LATIHAN

1. Latihan Stamina
2. Punching Bag
3. Sparring (memperbaiki teknik berlawan)

UJIAN

- Tiada

PERTANDINGAN

-Tiada

KECEDERAAN

- Tiada

PERALATAN

1. Tiada

PROGRAM BINAAN

- Tiada

ULASAN

- Kehadiran atlet tidak memuaskan kerana terdapat atlet yang akan menduduki PT3 dan SPM.
- Berbincang bersama jurulatih mengenai kejohanan terdekat dan yang akan datang.


MUZAFAR HAZIZAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI NS

Tuesday, August 19, 2014

Pemantauan Latihan Sukan Wushu

Tarikh : 18 Ogos 2014
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Chin Woo, Sikamat Seremban
Kehadiran : 15 lelaki 8 wanita

Jurulatih : En. Lee Chin Chee & En. Lim Kim

Peralatan : Short Weapon, Long Weapon

ULASAN :

1. Program latihan berjalan seperti biasa bermula pada pukul 7.00 hingga 10.00 malam.

2. Latihan dijalankan adalah warm up, basic training 45 minit, grouping 45 minit dan teknik individu.

3. Bagi atlet-atlet junior program latihan dijalankan oleh jurulatih persatuan.

Sekian, Terima Kasih.


Laporan disediakan oleh,

MOHD SYAFIQ BIN ALIAS
SDO SUKAN WUSHU
USPTN N.S

Sunday, August 17, 2014

Talent Scouting Sukan Akuatik Renang

Tarikh : 17 Ogos 2014
Tempat : Pusat Akuatik Negeri Paroi, N.Sembilan
Masa : 9.00 pagi
Kehadiran : 40 orang

Ulasan :

1. USPTN N.S telah mengadakan Talent Scouting untuk Sukan Akuatik Renang bagi mencari atlet yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam program pelapis.

2. Program ini di nilai oleh En Leng Zhen Hua (JLN ) USPTN NS/MSN NS.

3. Kriteria atlet yang dipilih adalah berdasarkan teknik-teknik asas,fizikal dan catatan masa yang dilakukan atlet tersebut.

4. Senarai nama atlet yang terpilih akan dimaklumkan setelah panel penilaian bermesyuarat.


Laporan disediakan,
MOHD SYAFIQ B. ALIAS
SDO AKUATIK RENANG & TERJUN
USPTN N.S

Pemantauan Latihan Sukan Taekwando



Tarikh : 17 Ogos 2014
Tempat : Kompleks Sukan Paroi, Seremban
Masa : 10.30 pagi

Kehadiran :
1.  En. Saravanan a/l Krishnan - JSM
2. En. M. Rizal b. Musa - Ketua Unit USPTN NS
3. Atlet - 30 orang

LATIHAN :

1. Jenis latihan yang dijalanakan hari ini 'sparring technique'.

UJIAN

-Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan 2014 pada 23 - 24 Ogos 2014 di Stadium Badminton Cheras, KL


KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN

1. Latihan dikendalikan oleh En Saravanan JSM USPTN NS. En. Kaneswaran tidak dapat hadir kerana berada di China atas urusan kerja. Maka latihan ini dibantu oleh En. Mohd Kadir - Kelab Utama. Pemantauan latihan ini telah dihadiri oleh En. M. Rizal b. Musa (KUN USPTN NS) yang berkesempatan memberikan sedikit taklimat kepada atlet yang hadir.

2. Latihan dihadiri oleh 30 orang atlet yang datang dari sekitar Seremban, Port Dickson dan Gemencheh.
3. Jenis latihan yang dijalanakan hari ini 'sparring technique'. Atlet-atlet yang akan ke Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan di Cheras, Kuala Lumpur pada minggu hadapan diberikan latihan secara intensif.
4. Berikutan lantai dewan badminton di Kompleks Sukan Seremban 2 sedang dalam proses pembaikan, latihan sementara untuk hari ini dijalankan di Centre Court, Paroi.




Sekian terima kasih.

Laporan di sediakan oleh:

Zaria bt. Razali
SDO Taekwondo Negeri Sembilan
Tarikh : 19/8/2014








Wednesday, August 13, 2014

PEMANTAUAN PLN - SQUASH





Tarikh: 12/08/2014
Masa: 1600 petang
Tempat : Komplek Sukan Seremban 2

Kehadiran: 

1. Atlet Lelaki - 2 orang
2. Atlet Perempuan - 1 orang


LATIHAN

1. Basic Drill
2. match

UJIAN

- Tiada

PERTANDINGAN

- Pada 7 - 10 ogos yang lalu kontigen Negeri Sembilan telah menyertai CIMB Grand Final di Kuala Lumpur. Keputusan atlet akan diemailkan oleh PSNS kepada saya.

KECEDERAAN

- Tiada

PERALATAN

1. Tiada

PROGRAM BINAAN

- Tiada

ULASAN

- Kehadiran atlet tidak memuaskan dan sesetengah atlet datang lewat pada waktu latihan
- Latihan dijalankan seperti biasa oleh jurulatih.
- Jurulatih akan menyenaraikan semula atlet-atlet pelapis untuk menjadi pelapis baru kepada atlet senior.


MUZAFAR HAZIZAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI NS


LAPORAN PEMANTAUAN PEMILIHAN KE KEJOHANAN TAEKWONDO REMAJA KEBANGSAAN 2014

Tarikh   : 10/8/2014 

Masa    : 10.00 pagi

Tempat :  Kompleks Sukan Seremban 2


Pengadil: 

1. En. Saravanan a/l Krishnan - USPTN NS/ Kelab Oriental

2. En. Ridzuan - Kelab Speed Power

3. En. Mohd Kadir - Kelab Utama



ULASAN

1. Tiada latihan pada pagi ini bagi melaksanakan Pemilihan Atlet ke Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan yang akan berlangsung pada 23 - 24 Ogos ini di Stadium Badminton Cheras, K. Lumpur.

2. Pemilihan ini bermula jam 10.00 pagi dengan 'warming up' terlebih dahulu. Seramai 42 orang atlet terlibat pada pemilihan ini iaitu 25 orang atlet adalah atlet pelapis dan 17orang atlet dari Kelab Speed Power serta Kelab Utama. Pemilihan ini selesai jam 1.30 petang

3. Setelah selesai pemilihan ini, sedikit perbincangan bersama En. Saravanan iaitu JSM USPTN NS tentang lawatan pemantauan pengurus dari cawangan pelapis dan perjalanan serta penginapan berkenaan kejohanan ini nanti. Turut membuat perjumpaan bersama atlet-atlet yang terlibat pada pemilihan ini.

4. Dimaklumkan oleh jurulatih bermula minggu depan gelanggang badminton dimana tempat atlet-atlet pelapis menjalani latihan ini tidak dapat digunakan kerana pembaikan lantai gelanggang ini selama sebulan. Perkara ini akan dibincangkan bersama Ketua Unit En.M.Rizal dan akan cuba mencari tempat latihan sementara. Terdapat 2 tempat yang dicadangkan iaitu di Centre Court dan Dewan Jabatan Belia dan Sukan.


 

Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Taekwondo Negeri Sembilan


Monday, August 11, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN MENEMBAK

Tarikh  : 8/8/2014 

Masa    : 5.00 ptg.

Tempat :  Lapang Sasar Mantin


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 1 lelaki,  7 wanita 

 

LATIHAN

1. 10M Pistol

    - 10 shots click, 10 shots tidak keluar 8 & 10 shots tidak keluar 9

    - Atlet Norsyazwani ( 10 shots click, 10 shots tidak keluar 9 & 10 shots 9 in)

2. 10M Rifle - 10 shots click, 20 shots grouping centre

3. 50M prone  - 20shots/ 10 shots click, 10 shots dapatkan result 100

ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa pada hari ini. Kehadiran atlet kurang kerana atlet menduduki peperiksaan PMR telah diberi kelonggaran oleh jurulatih bagi menumpukan perhatian pada pelajaran.

2. Perbincangan bersama jurulatih tentang penyertaan atlet ke Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Sirkit 2 di Johor pada bulan September nanti. Hanya dapat menghantar 5 orang atlet sahaja yang mana tidak mendududuki peperikaan pada kejohanan kali ini.

3. Peperiksaan PT3 bagi atlet tingkatan 3 selesai pada awal bulan 10 maka penyertaan atlet tidak ramai untuk Kem Bakat dan Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Sirkit 2.

4. Dimaklumkan oleh jurulatih aircond di 10M kembali rosak.



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan



USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN