Wednesday, August 13, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PEMILIHAN KE KEJOHANAN TAEKWONDO REMAJA KEBANGSAAN 2014

Tarikh   : 10/8/2014 

Masa    : 10.00 pagi

Tempat :  Kompleks Sukan Seremban 2


Pengadil: 

1. En. Saravanan a/l Krishnan - USPTN NS/ Kelab Oriental

2. En. Ridzuan - Kelab Speed Power

3. En. Mohd Kadir - Kelab Utama



ULASAN

1. Tiada latihan pada pagi ini bagi melaksanakan Pemilihan Atlet ke Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan yang akan berlangsung pada 23 - 24 Ogos ini di Stadium Badminton Cheras, K. Lumpur.

2. Pemilihan ini bermula jam 10.00 pagi dengan 'warming up' terlebih dahulu. Seramai 42 orang atlet terlibat pada pemilihan ini iaitu 25 orang atlet adalah atlet pelapis dan 17orang atlet dari Kelab Speed Power serta Kelab Utama. Pemilihan ini selesai jam 1.30 petang

3. Setelah selesai pemilihan ini, sedikit perbincangan bersama En. Saravanan iaitu JSM USPTN NS tentang lawatan pemantauan pengurus dari cawangan pelapis dan perjalanan serta penginapan berkenaan kejohanan ini nanti. Turut membuat perjumpaan bersama atlet-atlet yang terlibat pada pemilihan ini.

4. Dimaklumkan oleh jurulatih bermula minggu depan gelanggang badminton dimana tempat atlet-atlet pelapis menjalani latihan ini tidak dapat digunakan kerana pembaikan lantai gelanggang ini selama sebulan. Perkara ini akan dibincangkan bersama Ketua Unit En.M.Rizal dan akan cuba mencari tempat latihan sementara. Terdapat 2 tempat yang dicadangkan iaitu di Centre Court dan Dewan Jabatan Belia dan Sukan.


 

Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Taekwondo Negeri Sembilan


No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN