Friday, October 31, 2014

LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH TENIS

Tarikh  : 31/10/2014 
Masa    : 4.00 petang
Tempat :  MSN NS

KEHADIRAN: 
1. En. Mohd Azam b. Baba


ULASAN
1. Memaklumkan pada En. Azam tentang Bengkel Penyelarasan JurulatihProgram Pelapis Negeri 2014 yang akan diadakan pada 18 - 20 November bertempat di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur. Kesemua jurulatih tenis Negeri Sembilan disenaraikan untuk mengikuti bengkel ini.Mohon agar En. Azam dapat memanjangkan perkara ini pada jurulatih lain walaupun saya telah memaklumkan pada jurulatih melalui email, pesanan ringkas sms dan whatapp.
2. En. Azam telah memaklumkan bahawa En. Hanif Zakaria antara salah seorang JSM tenis USPTN NS tidak dapat meneruskan latihan kerana sakit.  Mohon agar En.Hanif Zakaria dapat memberikan surat perletakan jawatan pada Ketua Unit USPTN NS  En. M. Rizal Musa.
3. Perbincangan tentang Kejohanan BMW Malaysia National Circuit 2014-master LTAM 10'S National Championship-Master yang akan berlangsung pada 15 - 21 November di KTTR Kuala Lumpur. En. Azam telah menyerahkan senarai nama atlet yang terlibat beserta maklumat perbelanjaan bagi kejohanan yang disertai pada 13 - 16 September lalu.


Laporan di sediakan oleh:

Zaria bt. Razali
SDO Tenis Negeri Sembilan

LAPORAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN MENEMBAK

Tarikh  : 30/10/2014 

Masa    : 9.30 pagi

Tempat :  SMK Tunku Ampuan Najihah, Seremban


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 2 lelaki, 3 wanita

3. Pelajar - 50 orang

 

ULASAN

1. Program Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak ini telah dijalankan pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran seramai 50 orang pelajar. SMK Tunku Ampuan Najihah ini merupakan sekolah perempuan. Hanya pelajar tingkatan 3 sahaja dapat mengikuti program ini kerana pelajar tingkatan 1 dan 2 sedang menduduki peperiksaan akhir.

2. Program telah dimulakan dengan pengenalan sukan menembak di Negeri Sembilan oleh En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim-JPM sukan menembak.

3. Antara ujian yang dilaksanakan pada program ini ialah :

i) Ujian mata

ii) Ujian tekan tubi dan bangkit tubi

5. Program ini selesai jam 12.00 tengahari. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih bagi mengikuti Pemilihan Peringkat Ke-2 Ujian Tembakan yang akan dijalankan pada 1 November 2014 hari Sabtu jam 7.30 pagi di Lapang Sasar Mantin.



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 29/10/2014 
Masa    : 4.30 ptg.
Tempat :  Lapang Sasar Mantin

KEHADIRAN: 
1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM
2. Atlet - 3 lelaki,  9 wanita 

LATIHAN
1. 10M Pistol - 10 shots click, 20 shots result, wani & amar - training scatt
2. 10M Rifle - Dry fire
3. 50M prone - 20shots click
4. 50M free pistol - Dry fire

ULASAN
1. Kehadiran atlet baik terutama atlet-atlet yang akan menyertai Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir di Kuantan pada 13 - 16 November 2014 nanti.
2. Perbincangan bersama jurulatih dan atlet tentang kejohanan dalaman dan latihan bersama antara USPTN Wilayah Persekutuan KL dan USPTN Melaka.



Laporan di sediakan oleh:

Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan

PEMANTAUAN PLN TENPIN BOLING

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: TENPIN BOLING
Tarikh   : 24 Okt 2014
Tempat : Pusat Latihan Boling UBowl Jusco, Seremban 2.
Masa    : 5.00 - 7.30pm
Kehadiran : En Abdul Manan Bin Kadir dan En Mohamad Ali Hanifiah   
Atlet   : 8 lelaki 5 wanita.
Latihan:
1. Kneel down drill
2. Balance Line Drill
3. Target system and Release ball
4. Jurulatih memberi penekanan  kepada basic body conditioning.
PERTANDINGAN
Tiada
KECEDERAAN
Tiada
Ulasan
Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet, cadangan kepada jurulatih pada musim cuti sekolah pihak USPTNNS akan membuat jemputan kepada pelajar sekolah di Negeri Sembilan yang berumur bawah 14 tahun untuk menghadiri sesi uji bakat dan menyertai mini pertandingan. Atlet yang terpilih akan menjalani latihan sebelum dinilai oleh pihak MTBC. Cadangan tarikh pada minggu pertama cuti sekolah.
Sekian terima kasih
Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO T.Boling USPTNNS.

Thursday, October 30, 2014

N.SEMBILAN - PEMANTAUAN PLN - TINJU

Tarikh : 29/10/14

Masa : 4.30

Tempat : Pusat Khas Tinju Paroi



ULASAN


- latihan dijalankan seperti biasa dan pada 6 - 9 November ini kami dapat kunjungan daripada pasukan Negeri Johor untuk membuat latihan bersama. Ini merupakan satu program yang dapat digunakan sepenuhnya oleh atlet dan jurulatih untuk berkongsi ilmu dan pengalaman untuk penambahbaikan kepada sukan dan negeri masing - masing.


sekian


MUZAFAR HAZIZAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Wednesday, October 29, 2014

N.SEMBILAN - PEMANTAUAN PLN - ANGKAT BERAT

Tarikh : 28/10/14

Masa : 5.15 petang

Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Negeri Sembilan


Kehadiran: 

 

1. Atlet Lelaki - 4 orang


LATIHAN

 

1. Snatch from block

2. Clean Pull from

3. back squat

 

ULASAN


- Perbincangan bersama jurulatih mengenai kejohanan yang akan datang iaitu Kejohanan Pelapis Peringkat Akhir Zon yang akan diadakan di Pahang. Perbincangan ini meliputi persiapan atlet,pergerakan semasa pertandingan,penginapan, dan pelepasan atlet. Harapan kami agar atlet - atlet Negeri Sembilan berjaya semasa temasya itu nanti.


MUZAFAR HAZIZAN

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Tuesday, October 28, 2014

LAPORAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN MENEMBAK

Tarikh  : 28/10/2014 

Masa    : 10.00 pagi

Tempat :  SMK Pendeta Za'ba, Seremban


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 2 lelaki, 3 wanita

3. Pelajar - 173 orang

 

ULASAN

1. Program Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak ini telah dijalankan pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran seramai 173 orang pelajar lelaki dan wanita dari kalangan umur 13 hingga 15 tahun.

2. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh guru sukan sekolah berkenaan. Seterusnya sedikit taklimat mengenai program USPTN NS oleh Pn. Zaria bt. Razali, Pegawai Sukan Menembak USPTN NS, program sukan menembak dan memperkenalkan jurulatih yang akan mengendalikan program ini beserta atlet-atlet menembak USPTN NS yang membantu melaksanakan program ini.

3. Selesai taklimat, pembentangan slide tentang  program sukan menembak oleh En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim-JPM sukan menembak.

4. Antara krateria pemilihan dan ujian yang dilaksanakan pada program ini ialah :

i) Mengasingkan pelajar-pelajar yang bertangan kiri dan kanan. Pada peringkat permulaan ini, pelajar-pelajar yang dominan menggunakan  tangan kanan sahaja yang terpilih ke ujian seterusnya.

ii) Ujian mata

iii) Ujian tekan tubi dan bangkit tubi

5. Seramai 33 orang pelajar dari SMK Pendeta Za'ba ini telah terpilih ke Pemilihan Peringkat Kedua yang akan diadakan di Lapang Sasar Mantin pada 1 November 2014, hari Sabtu ini nanti.



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan

N.SEMBILAN - PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH - TINJU

Ulasan

Perjumpaan bersama jurulatih untuk membincangkan tarikh untuk membuat klinik dan juga mesyuarat JKK. Sealin itu, kami juga membincangkan tentang program - program yang sesuai untuk dimasukan ke dalam klinik. Jurulatih juga menerangkan tentang persediaan atlet ke kejohanan zon peringkat akhir di pahang nanti.

sekian

MUZAFAR HAZIZAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI
NEGERI SEMBILAN

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 25/10/2014 

Masa    : 10.00 pagi

Tempat :  Lapang Sasar Mantin


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 2 lelaki, 9 wanita 

 

 

ULASAN

1. Latihan tidak dapat dijalankan pada hari ini kerana tiada elektrik. Oleh itu, jurulatih telah menukar latihan kepada aktiviti gotong royong membersihkan ruang menembak di lapang sasar.

2. Perbincangan bersama jurulatih tentang program TID yang akan dijalankan pada 28 dan 30 Oktober ini di sekolah SMK Pendeta Za'ba dan SMK Tuanku Ampuan Najihah. Turut mengadakan perjumpaan bersama atlet bagi membincangkan tentang atlet yang dapat membantu dalam program TID ini nanti serta atlet yang akan ke T20.

3. Dimaklumkan oleh jurulatih, atlet-atlet yang menduduki Peperiksaan PT3 yang lalu telah mula hadir menjalani latihan terutama atlet-atlet yang akan menghadapi Kejohanan Zon Peringkat Akhir di Kuantan pada bulan November nanti.

Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN