Tuesday, October 28, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 25/10/2014 

Masa    : 10.00 pagi

Tempat :  Lapang Sasar Mantin


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 2 lelaki, 9 wanita 

 

 

ULASAN

1. Latihan tidak dapat dijalankan pada hari ini kerana tiada elektrik. Oleh itu, jurulatih telah menukar latihan kepada aktiviti gotong royong membersihkan ruang menembak di lapang sasar.

2. Perbincangan bersama jurulatih tentang program TID yang akan dijalankan pada 28 dan 30 Oktober ini di sekolah SMK Pendeta Za'ba dan SMK Tuanku Ampuan Najihah. Turut mengadakan perjumpaan bersama atlet bagi membincangkan tentang atlet yang dapat membantu dalam program TID ini nanti serta atlet yang akan ke T20.

3. Dimaklumkan oleh jurulatih, atlet-atlet yang menduduki Peperiksaan PT3 yang lalu telah mula hadir menjalani latihan terutama atlet-atlet yang akan menghadapi Kejohanan Zon Peringkat Akhir di Kuantan pada bulan November nanti.

Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN