Tuesday, October 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TAEKWONDO

Tarikh   : 12/10/2014 

Masa    : 10.00 pagi

Tempat :  Dewan Serbaguna, MSN Negeri Sembilan


KEHADIRAN: 

1. En. M. Rizal B. Musa - Ketua Unit, USPTN NS

2. En. Saravanan a/l Krishnan - JSM

3. En. Kaneswaran a/l Kalaithasan -JSM

4. Atlet - 12 lelaki, 6 wanita


LATIHAN

1. Sparring - tendangan menggunakan kaki depan ke muka


 

ULASAN

1. Hari ini latihan sementara adalah di Dewan Serbaguna MSN Negeri Sembilan. Pusat Latihan taekwondo di Kompleks Sukan Seremban 2 masih belum siap dibaiki.

2. Kehadiran atlet baik. atlet-atlet yang tinggal jauh dari Seremban iaitu di Kuala Pilah tiada masalah untuk hadir.

3. En. M. Rizal b. Musa (Ketua Unit, USPTN NS) telah turut hadir semasa pemantauan ini dan sempat memberikan taklimat kepada atlet.

4. Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet bagi membincangkan tentang Kejohanan Antara Kelab-Kelab Taekwondo di Sabah Pada 27 - 30 November ini. Terdapat atlet-atlet yang terpilih akan menduduki Peperiksaan Akhir Tahun, maka atlet tersebut perlu memberi kata putus dengan segera bagi memudahkan urusan penempahan tiket kapal terbang.


Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Taekwondo Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN