Friday, October 31, 2014

LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH TENIS

Tarikh  : 31/10/2014 
Masa    : 4.00 petang
Tempat :  MSN NS

KEHADIRAN: 
1. En. Mohd Azam b. Baba


ULASAN
1. Memaklumkan pada En. Azam tentang Bengkel Penyelarasan JurulatihProgram Pelapis Negeri 2014 yang akan diadakan pada 18 - 20 November bertempat di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur. Kesemua jurulatih tenis Negeri Sembilan disenaraikan untuk mengikuti bengkel ini.Mohon agar En. Azam dapat memanjangkan perkara ini pada jurulatih lain walaupun saya telah memaklumkan pada jurulatih melalui email, pesanan ringkas sms dan whatapp.
2. En. Azam telah memaklumkan bahawa En. Hanif Zakaria antara salah seorang JSM tenis USPTN NS tidak dapat meneruskan latihan kerana sakit.  Mohon agar En.Hanif Zakaria dapat memberikan surat perletakan jawatan pada Ketua Unit USPTN NS  En. M. Rizal Musa.
3. Perbincangan tentang Kejohanan BMW Malaysia National Circuit 2014-master LTAM 10'S National Championship-Master yang akan berlangsung pada 15 - 21 November di KTTR Kuala Lumpur. En. Azam telah menyerahkan senarai nama atlet yang terlibat beserta maklumat perbelanjaan bagi kejohanan yang disertai pada 13 - 16 September lalu.


Laporan di sediakan oleh:

Zaria bt. Razali
SDO Tenis Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN