Tuesday, October 28, 2014

LAPORAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN MENEMBAK

Tarikh  : 28/10/2014 

Masa    : 10.00 pagi

Tempat :  SMK Pendeta Za'ba, Seremban


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 2 lelaki, 3 wanita

3. Pelajar - 173 orang

 

ULASAN

1. Program Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak ini telah dijalankan pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran seramai 173 orang pelajar lelaki dan wanita dari kalangan umur 13 hingga 15 tahun.

2. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh guru sukan sekolah berkenaan. Seterusnya sedikit taklimat mengenai program USPTN NS oleh Pn. Zaria bt. Razali, Pegawai Sukan Menembak USPTN NS, program sukan menembak dan memperkenalkan jurulatih yang akan mengendalikan program ini beserta atlet-atlet menembak USPTN NS yang membantu melaksanakan program ini.

3. Selesai taklimat, pembentangan slide tentang  program sukan menembak oleh En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim-JPM sukan menembak.

4. Antara krateria pemilihan dan ujian yang dilaksanakan pada program ini ialah :

i) Mengasingkan pelajar-pelajar yang bertangan kiri dan kanan. Pada peringkat permulaan ini, pelajar-pelajar yang dominan menggunakan  tangan kanan sahaja yang terpilih ke ujian seterusnya.

ii) Ujian mata

iii) Ujian tekan tubi dan bangkit tubi

5. Seramai 33 orang pelajar dari SMK Pendeta Za'ba ini telah terpilih ke Pemilihan Peringkat Kedua yang akan diadakan di Lapang Sasar Mantin pada 1 November 2014, hari Sabtu ini nanti.



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN