Friday, October 31, 2014

LAPORAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN MENEMBAK

Tarikh  : 30/10/2014 

Masa    : 9.30 pagi

Tempat :  SMK Tunku Ampuan Najihah, Seremban


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 2 lelaki, 3 wanita

3. Pelajar - 50 orang

 

ULASAN

1. Program Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak ini telah dijalankan pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran seramai 50 orang pelajar. SMK Tunku Ampuan Najihah ini merupakan sekolah perempuan. Hanya pelajar tingkatan 3 sahaja dapat mengikuti program ini kerana pelajar tingkatan 1 dan 2 sedang menduduki peperiksaan akhir.

2. Program telah dimulakan dengan pengenalan sukan menembak di Negeri Sembilan oleh En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim-JPM sukan menembak.

3. Antara ujian yang dilaksanakan pada program ini ialah :

i) Ujian mata

ii) Ujian tekan tubi dan bangkit tubi

5. Program ini selesai jam 12.00 tengahari. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih bagi mengikuti Pemilihan Peringkat Ke-2 Ujian Tembakan yang akan dijalankan pada 1 November 2014 hari Sabtu jam 7.30 pagi di Lapang Sasar Mantin.



Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN