Tuesday, November 4, 2014

LAPORAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN MENEMBAK

PEMILIHAN PERINGKAT KEDUA UJIAN MENEMBAK

Tarikh  : 1/11/2014 

Masa    : 8.00 pagi

Tempat :  Lapang Sasar Mantin, Negeri Sembilan


KEHADIRAN: 

1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM

2. Atlet - 15 orang

3. Pelajar - 36 orang ( 23 wanita, 13 lelaki)



ULASAN


1. Seramai 36 orang pelajar daripada 50 orang pelajar yang terpilih melalui program mengenalpasti bakat sukan menembak yang dijalankan di 2 buah sekolah pada 28 dan 30 Oktober lalu dapat hadir pada Program Pemilihan Peringkat Kedua Ujian Tembakan di Lapang Sasar Mantin ini.

2. Program ini bermula jam 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran terlebih dahulu yang diuruskan oleh  10 orang atlet dari acara pistol dan 5 orang atlet dari acara rifle. Selesai pendaftaran, pelajar-pelajar yang hadir membuat larian 'jogging' 3 pusingan lapang sasar.

3. Program diteruskan dengan taklimat daripada Rn. Zaria bt. Razali, PPN Sukan Menembak N. Sembilan dengan menyampaikan sedikit maklumat tentang program pelapis.

4. Seterusnya taklimat daripada Jurulatih Penuh Masa En. Mohamad Firdaus b. Abd Rahim tentang keselamatan semasa menembak.

5. Ujian tembakan telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dimana pelajar diberi pilihan menembak acara pistol atau rifle. Sesi pertama tembakan ini tamat pada pukul 11.40 pagi. Pada sesi pertama tembakan ini 4 orang pelajar dari acara pistol dan 12 orang dari acara rifle telah dipilih.

6. Percubaan tembakan telah diberikan kepada pelajar yang gagal semasa sesi pertama dimana pelajar yang telah menembak acara pistol akan mencuba acara rifle begitulah sebaliknya. Seorang dari acara rifle dan 3 dari pistol telah berjaya pada percubaan ini. Maka keseluruhan pelajar yang telah berjaya pada Program Pemilihan Peringkat Kedua Ujian Tembakan ini adalag seramai 20 orang pelajar.


Laporan di sediakan oleh:

 

Zaria bt. Razali

SDO Menembak Negeri Sembilan


1 comment:

  1. Bila program cunkil bakat baru menembak di buka ?

    ReplyDelete

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN