Friday, January 2, 2015

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN 03/2014

Kejohanan Sepak Takraw 03/ 2014
Tarik: 21 hingga 24 Disember 2014
Tempat : Kompleks Sukan Paroi, Seremban
Penyertaan : 10 buah Negeri yang terlibat dengan Pusat Latihan Negeri.
ULASAN :
Negeri Sembilan telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Remaja Kebangsaan kali 03/ 2014.Kejohananan ini adalah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sembilan dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan. Turut menjayakan kejohanan ini Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan.
Pertandingan bermula pada 22 Disember 2014 bagi peringakat kumpulan yang terdiri daripada Regu bawah 21 tahun, Regu bawah 18 tahun dan kategori Bergu.
Perlawanan Separuh akhir diadakan pada 23 Disember 2014. Keputusan akhir perlawanan bagi Bawah 21 tahun Melaka menewaskan Terengganu 2 - 0. Kategori bawah 18 tahun Selangor menewaskan Terengganu 2- 1 dan bagi kategori Bergu Pasukan tuan rumah Negeri Sembilan menewaskan Terengganu 2- 0.
Majlis Penyampaian hadiah disampaikan oleh Pn Zahrah Binti Meon selaku Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan, turut hadir pegawai dari Majlis Sukan Negara Malaysia.
Laporan Oleh
Ahmad Afandy Bin Baharin
Penyelaras Sukan Sepak Takraw
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN

Thursday, January 1, 2015

Pemantauan Pusat Latihan Tenpin Bowling

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: TENPIN BOWLING
Tarikh   : 30 Disember 2014
Tempat : Pusat Latihan Boling UBowl Jusco, Seremban 2.
Masa    : 5.00 - 7.30pm
Kehadiran : En Abdul Manan Bin Kadir dan En Mohamad Ali Hanifiah , En M.Rizal Bin Musa, Ibu Bapa Atlet
Atlet   : 10 lelaki 10 wanita.
Latihan:
1. Roll Off dan Pertandingan dalaman hujung tahun.
PERTANDINGAN
Tiada
KECEDERAAN
Tiada
Ulasan
Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet, mengadakan kejohanan dalaman dan majlis penyampaian sijil penyertaan kepada atlet Pelapis 2014.Hadiah disumbangkan oleh ahli kelab Boling Pelapis dan pihak Sekolah Tuan Haji Abdul Malek, Rembau.Majlis Penyampaian hadiah disampaikan oleh Ketua Unit USPTN Negeri Sembilan.
Laporan Oleh
AHMAD AFANDY BIN BAHARIN

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING


LAPORAN PEMANTAUAN DAN PERJUMPAAN JURULATIH
SUKAN: TENPIN BOWLING
Tarikh   : 5 Disember 2014
Tempat : Pusat Latihan Boling UBowl Jusco, Seremban 2.
Masa    : 5.00 - 7.30pm
Kehadiran : En Abdul Manan Bin Kadir dan En Mohamad Ali Hanifiah, Wakil Persatuan dan En M.Rizal ( KU USPTNNS)
Atlet   : 8 lelaki 5 wanita.
Latihan:
1. Kneel down drill
2. Balance Line Drill
3. Target system and Release ball
4. Jurulatih memberi penekanan  kepada basic body conditioning.
PERTANDINGAN
Tiada
KECEDERAAN
Tiada
Ulasan
Perjumpaan bersama jurulatih dan persatuan bagi membincangkan program 2015, tarikh pemilihan oleh MTBC pada bulan febuari 2015. Cadangan tempat latihan baru di Ampang Bowl,Seremban Prima dan pemilihan atlet.
Sekian terima kasih
Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO T.Boling USPTNNS.

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN