Friday, January 2, 2015

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN 03/2014

Kejohanan Sepak Takraw 03/ 2014
Tarik: 21 hingga 24 Disember 2014
Tempat : Kompleks Sukan Paroi, Seremban
Penyertaan : 10 buah Negeri yang terlibat dengan Pusat Latihan Negeri.
ULASAN :
Negeri Sembilan telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Remaja Kebangsaan kali 03/ 2014.Kejohananan ini adalah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sembilan dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan. Turut menjayakan kejohanan ini Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan.
Pertandingan bermula pada 22 Disember 2014 bagi peringakat kumpulan yang terdiri daripada Regu bawah 21 tahun, Regu bawah 18 tahun dan kategori Bergu.
Perlawanan Separuh akhir diadakan pada 23 Disember 2014. Keputusan akhir perlawanan bagi Bawah 21 tahun Melaka menewaskan Terengganu 2 - 0. Kategori bawah 18 tahun Selangor menewaskan Terengganu 2- 1 dan bagi kategori Bergu Pasukan tuan rumah Negeri Sembilan menewaskan Terengganu 2- 0.
Majlis Penyampaian hadiah disampaikan oleh Pn Zahrah Binti Meon selaku Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan, turut hadir pegawai dari Majlis Sukan Negara Malaysia.
Laporan Oleh
Ahmad Afandy Bin Baharin
Penyelaras Sukan Sepak Takraw
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN