Monday, March 23, 2015

N.SEMBILAN - KEJOHANAN PELAPIS ZON SELATAN SIRI 1/2015 - MENEMBAK

SUKAN: MENEMBAK

Tarikh: 20/03/2015
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Lapang Sasar Mantin

ULASAN
- Para kontinjen tiba pada jam 3 petang untuk penyimpanan senjata di setor
- Atlet - atlet melakukan latihan di range 10 meter sehingga pukul 6.30 petang.
- Mesyuarat Pengurus bermula pada jam 5 petang, setiap pasukan mengesahkan atlet dan aturcara untuk upacara esok. 
- Perlawanan dimulakan pada jam 9 pagi acara rifle lelaki dan pistol wanita.


Tarikh: 21/03/2015
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Lapang Sasar Mantin

ULASAN
- Acara dimulakan dengan air rifle lelaki dan air pistol wanita dan disambung dengan acara air pistol   wanita dan air rifle lelaki.
- acara tamat jam 2 petang dan para atlet pulang ke penginapan seendiri untuk penyampaian hadiah pada keesokanya.


Tarikh: 22/03/2015
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Lapang Sasar Mantin

ULASAN
- Penyampaian hadiah dimulakan pada jam 10.00 pagi dan hadiah disampaikan oleh Ketua Unit USPTN Negeri Sembilan.
- Secara keseluruhanya atlet - atlet menunjukan peningkatan positif dan 2 daripada  6 atlet yang bertanding berjaya mendapat 2 gangsa. Pihak kami berharap agar atlet - atlet ini akan terus menunjukan perkembangan yang baik untuk menjadi pelapis negara pada masa yang akan datang.

Sekian terima kasih

MUZAFAR HAZIZAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI
NEGERI SEMBILAN


Saturday, March 21, 2015

KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON (SELATAN) 01/2015

Kejohanan Pelapis Peringkat Zon (Selatan) 01/2015
Tarikh : 20 hingga 22 Mac 2015

Tempat : Kompleks Sukan Paroi, Seremban
Penyertaan : 3 buah negeri ( Negeri Sembilan, Melaka dan Johor ).

ULASAN :
Negeri Sembilan telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan Kejohanan Pelapis Peringkat Zon (Selatan) 01/2015. Kejohananan ini adalah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sembilan dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan. Mesyuarat pengurus telah dijalankan pada 20 Mac 2015 iaitu melibatkan 6 jenis sukan antaranya ialah sukan Angkat Berat, Memanah, Menembak, Olahraga, Sepak Takraw dan Tinju, manakala mesyuarat pengurus bagi sukan Akuatik Terjun dijalankan pada 21 Mac 2015.

 21 Mac 2015
Antara sukan yang telah memulakan kejohanan pada jam 9.00 pagi ini ialah sukan Olahraga, Memanah, Sepak Takraw, Angkat Berat dan Menembak. Bagi sukan Tinju, pertandingan akan dijalankan bermula pada jam 2.00 petang ini.














Sekian,

Di Laporkan oleh :-

M.Rizal Bin Musa
Ketua Unit 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan

Monday, March 16, 2015

N.SEMBILAN - PEMANTAUAN PLN - MENEMBAK

SUKAN: MENEMBAK

 

Tarikh: 12/03/2015

Masa: 4.30 petang

Tempat: Lapang Sasar Mantin

 

Kehadiran: 

 

1. En. Firdaus - JPM

3. Atlet – 7 lelaki, 8 wanita

 

LATIHAN

 

1. dry fire

2. Alignment Fire

3. Mini Competition

 

UJIAN

 

tiada

 

PERTANDINGAN

 

Tiada

 

KECEDERAAN

 

Tiada

 

PERALATAN

 

Tiada

 

PROGRAM BINAAN

 

Tiada

 

ULASAN


Pemantauan bersama atlet

 

- Atlet - atlet junior menjalankan mini competition bagi menguji prestasi untuk menghadapi kejohanan Zon yang akan berlansungpada 20 -22 mac ini. Secara keseluruhanya atlet menunjukan perkembangan positif dan baik. 


Pemantauan bersama jurulatih


- Perbincangan bersama jurulatih mengenai kejohanan yang akan datang pada awal bulan april ini. Selain itu, jurulatih menyatakan bahawa atlet - atlet yang baru menunjukkan perkembangan positif. Atlet baru dapat menyesuaikan diri dalam sukan ini dengan baik.

 

Sekian terima kasih


MUZAFAR HAZIZAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Wednesday, March 11, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN TENPIN BOLING

Tarikh   : 06/03/2015
Masa     : 16:45 PM
Tempat  : UBowl Seremban 2

Kehadiran:

1. Tn Hj Abdul Manan.        JPM
2. En. Ali Hanifiah.               JSM
3. En. M. Rizal.                  K/U USPTN NS

KEHADIRAN ATLET : SERAMAI 16 ORANG (8L,8W)
 
ULASAN


1)  Atlet pelapis Negeri Sembilan telah mula menjalani latihan bagi sesi 2015 dibawah kendalian JPM Tn Hj Abdul Manan B Ngah dan JSM En Ali HAnifiah di Pusat Boling U-Bowl Aeon Seremban 2.

2)  Jurulatih memberikan taklimat ringkas kepada para atlet berkenaan halatuju program PELAPIS dan latihan yang bakal dijalankan sepanjang tempoh tahun 2015 ini.

3)  Membincangkan dengan jurulatih tentang kadar waktu latihan bagi setiap minggu dan perancangan penambahbaikkan prestasi atlet dari masa ke semasa di peringkat negeri.

4) Sepanjang pemantauan dijalankan,tiada kecederaan dilaporkan.






Laporan disediakan oleh :-

MUHAMMAD AFIQ BIN ZAINOL ABDIN
SDO SUKAN TENPIN BOLING

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MAMANAH

Tarikh:  05/03/2015
Masa: 18:15 PM
Tempat: SSN ZA'ABA , KUALA PILAH.

Kehadiran:

1. EN JEFRI BIN NGAIMAN                   JSM

KEHADIRAN ATLET :  25 ORANG (16L,9W)
 
ULASAN


1)  Atlet sedang menjalani latihan  free shooting dengan jarak sejauh 30 dan 50 meter di bawah kendalian JSM En Jefri Ngaiman.

2)  Latihan turut dijalankan didalam gymnasium sekolah untuk aktiviti fizikal dan kecergasan bagi atlet-atlet yang masih baru.

3) Membincangkan dengan jurulatih tentang Karnival Pelapis Zon (SELATAN ) yang mana Negeri Sembilan akan menjadi tuan rumah untuk Siri 1/2015 ini.Perbincangan masih lagi dijalankan untuk menetapkan venue yang paling sesuai bagi sukan memanah.

4) Sepanjang pemantauan dijalankan,tiada kecederaan dilaporkan.




Laporan disediakan oleh :-

 MUHAMMAD AFIQ B ZAINOL ABDIN
Pegawai Pembangunan Negeri

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN