Friday, June 26, 2015

LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH TINJU

Tarikh   : 1/6/2015 
Masa    : 11.30 pagi
Tempat :  MSN NS

KEHADIRAN: 
 1. En. Mohd Fitri b. Omar - JSM 


ULASAN
1. Perbincangan bersama jurulatih tentang cadangan penubuhan pusat latihan daerah di sekolah. Antara cadangan jurulatih bagi daerah Jelebu SMK Batu Kikir, daerah Jempol/Felda iaitu Pusat Cemerlang Tinju Felda di bawah Jurulatih En. Sundra, daerah Rembau SMK Undang Rembau dan daerah Port Dickson SMK Pasir Panjang.
2. Sekolah-sekolah yang dicadangkan oleh jurulatih ini telah mempunyai pelajar dan sedikit peralatan sukan tinju.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Tinju Negeri Sembilan

Thursday, June 18, 2015

KEJOHANAN ZON SELATAN 02/2015

SUKAN :  PEMANTAUAN  KEJOHANAN SUKAN TERJUN
                  ZON SELATAN 02/ 2015

Tarikh   :  13 - 14  Jun 2015
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat,  Melaka
Masa    : 8.30 - 1.45 petang
Kehadiran : En. Darul Amin Hanafi , Cik Elizebeth Jimey ( JPM )
Atlet         :  Lelaki 8 Wanita 2

PERTANDINGAN :
Dive - 1meter  Springboard  - Forward Jump, Back Jump, Forward ( pike ) Entry - Standing Position.
Dive - 3 meter  Springboard - Forward Jump, Back Jump, Forward ( pike ) Entry - Standing Position- Back Entry ( A ) Position.
Dive - 5 meter Platform  - Forward Jump, Back Jump, Forward ( pike ) Entry - Standing Position- Back Entry ( A ) Position.

PERTANDINGAN
Kejohanan Zon Selatan  Siri 02/ 2015

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN

ULASAN
1. Latihan diadakan pada 13  jun jam 4 - 5 petang, bertempat di Kompleks  Akuatik Hang Jebat, Melaka.
2. Mesyuarat Pengurus Pasukan Pada 14 Jun jam 8.30 pagi bertempat di Pusat Akuatik Negeri, di pengerusikan oleh Pengarah Pertandingan En Siow dari Persatuan Renang Amatur Negeri Sembilan.
3.Penyertaan bagi atlet Lelaki U12 , Wanita U12 dan Lelaki U10.
4. Majlis Penyampaian Hadiah disampaikan oleh Puan Shashasuhaida Binti Tarmuzi selaku Pengurus Sukan Akuatik Terjun Majlis Sukan Negara Malaysia.

Sekian terima kasih

Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Akuatik Terjun USPTN NS

Wednesday, June 10, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh  : 05 Jun 2015 
Masa    : 4.00 ptg.
Tempat :  Pusat Latihan Angkat Berat, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Osman b. Sahidi - JSM
2. Atlet - 5 lelaki, 2 wanita

LATIHAN
1. Snatch classic                                
2. Back squat
3. Clean pull
4. Back breast

ULASAN
1. Perbincangan bersama jurulatih dan perjumpaan atlet bagi memaklumkan tentang pengangkutan dan penginapan semasa kejohanan interzon di Melaka nanti.
2. Mohon para atlet yang terlibat di kejohanan ini agar menyerahkan kepada ibubapa borang kebenaran ibubapa ini dan menyerahkan kembali ke unit pelapis.
3. Atlet-atlet yang terlibat pada kejohanan interzon ini diharap dapat menjalani latihan lebih kerap terutama ketika musim persekolahan ini.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Angkat Berat Negeri Sembilan

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 04 Jun 2015
Masa    : 4.50 ptg.
Tempat : Lapang Sasar Mantin

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM
2. Atlet - 5 lelaki,  6 wanita

LATIHAN
1. A/P - 10 shots sighters, 10 shots result(skor) dengan tidak keluar hitam
2. A/R - Dry fire
3. Free pistol - 5 shots sighters, 15 shots tidak keluar 8
4. Prone - 10 shots grouping
5. Sport pistol - 5 shots sighters, 15 shots tidak keluar 9

ULASAN
1.  Perbincangan bersama jurulatih dan atlet tentang penginapan dan pengangkutan pada kejohanan interzon nanti. Dimaklumkan oleh jurulatih bahawa peluru jenis .22 semakin habis dan berkemungkinan tidak dapat menyertai kejohanan sportexcel 4 pada bulan september nanti.
2. Atlet yang akan menyertai kejohanan interzon kini giat menjalani latihan. Latihan turut berjalan pada sebelah pagi.
3. Mohon atlet yang tidak dapat hadir ke latihan dapat memaklumkan lebih awal kepada jurulatih atau 'kapten' yang telah dilantik.
4. Nur Syazwi Arisha diberi peluang untuk menembak acara rifle setelah jurulatih menilai prestasi beliau pada acara pistol kurang baik dan tiada peningkatan.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TINJU


Tarikh  : 3/6/2015 
Masa    : 4.00 ptg.
Tempat :  Pusat Latihan Khas Tinju, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Fitri b. Omar - JSM
2. Atlet - 9 lelaki

LATIHAN
1. Partner training
3. Punching bag
4. Speed bag
ULASAN
1. 'Partner training' atlet hari ini bersama atlet senior dan bekas atlet tinju Malaysia iaitu Jayaraman.
2. Latihan turut berjalan pada waktu pagi bermula jam 8.00 - 10.00 pagi.
3. Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet bagi membincangkan penginapan dan pengangkutan ke Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Selatan yang akan berlangsung di Melaka pada 12-14 Jun ini. Mohon atlet yang menyertai kejohanan agar memaklumkan kepada ibubapa tentang kejohanan yang disertai serta mengisi dan menyerahkan Borang Kebenaran Ibubapa kepada pihak USPTN NS.
Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Tinju Negeri Sembilan

Tuesday, June 9, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh  : 26/5/2015 

Masa    : 5.00 ptg.

Tempat :  Pusat Latihan Angkat Berat, MSN NS

KEHADIRAN:

1. En. Osman b. Sahidi - JSM

2. Atlet - 5 lelaki, 2 wanita

LATIHAN

1. Back squat                                

2. Front squat

3. Clean pull

4. Snatch classic

ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa. Atlet yang menduduki peperiksaan telah kembali menjalani latihan.

2. Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet bagi membincangkan kejohanan interzon yang akan disertai pada bulan jun nanti. Mohon jurulatih dapat memberikan nama-nama atlet yang terlibat dan menghantar borang pendaftaran pada minggu depan bagi proses pelepasan atlet dan permohonan bajet.

3. Bagi atlet yang kurang berjaya pada interzon siri 1 yang lalu harus memperbaiki teknik angkatan dan bagi yang berjaya harus meningkatkan lagi mutu angkatan.




Laporan di sediakan oleh:

Zaria bt. Razali

SDO Angkat Berat Negeri Sembilan

Monday, June 8, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TINJU

Tarikh   : 26/5/2015 
Masa     : 4.00 ptg.
Tempat : Pusat Latihan Khas Tinju, MSN NS

KEHADIRAN: 
1. En. Mohd Fitri b. Omar - JSM

2. Atlet - 12 lelaki

LATIHAN
1. Stretching
2. Partner technique 
3. Punching bag
4. Shuttle run

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa. Kehadiran atlet memuaskan.
2. Perjumpaan bersama jurulatih bagi membincangkan penyertaan ke Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Selatan yang akan berlangsung di Melaka pada 12-14 Jun 2015 nanti. Mohon jurulatih agar menyenaraikan nama atlet yang akan menyertai kejohanan itu dengan kadar segera bagi memudahkan proses pelepasan atlet dari KPM. Borang pendaftran yang diserahkan kepada jurulatih perlu diserahkan kembali pada minggu depan.
3. Perjumpaam bersama atlet dengan memaklumkan tentang kejohanan yang bakal disertai oleh mereka nanti. Bagi atlet-atlet yang akan disenaraikan oleh jurulatih perlu lebih rajin hadir ke latihan dan memperbaiki teknik tumbukan.



Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Tinju Negeri Sembilan


Wednesday, June 3, 2015

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN BERBASIKAL UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN

PEMANTAUAN PLN, PERJUMPAAN JURULATIH DAN ATLET
SUKAN :  BERBASIKAL

Tarikh   : 2 Jun 2015
Tempat : Majlis Sukan Negeri Sembilqan
Masa    : 8.00am - 9.30.0am

Kehadiran : En Sharil Bin Abu Bakar , ( JPM  )
Atlet         : 4 lelaki 1 Wanita

Latihan:
1. Latihan Regangan otot 10minit
2. Atlet warm up dengan kayuhan gearing ringan   39 x 25  ( 5km )
3. kayuhan berkumpulan 39 x 23 (15km )
4.kayuhan ( Ring ) sesama atlet 39 X 19 ( 10km )
5.kayuhan berkumpulan 39 x 23 (15km )
6. Cooling down 39 x 25 ( 10km )
Jumlah Km Latihan 70km.

PERTANDINGAN
Tiada Kejohanan

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Tayar Victoria, Tiub, Roller,

Ulasan
1.Semua atlet berkumpul di Perkarangan Majlis Sukan Negeri Sembilan dan Ketua Unit USPTNNS mengadakan perjumpaan atlet..
2.Taklimat dari Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan En Fouzee Abd Aziz, beliau menyampaikan taklimat mengenai kepentingan kecergasan, pembinaan otot dan motivasi kekuatan mental kepada atlet dan jurulatih.
3. Atlet dibekalkan dengan 10 tayar dan 10 tiub.
4. Jurulatih diingatkan supaya menilai prestasi atlet dan membuat ujian kecergasan dan melaporkan prestasi.

Sekian terima kasih

Laporan Oleh
Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Berbasikal  USPTNNS.

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN