Wednesday, July 1, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 25/6/2015
Masa    : 5.00 ptg.
Tempat :  Lapang Sasar Mantin

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM
2. Atlet - 2 lelaki,  6 wanita

LATIHAN
1. A/P - Latihan asas bagi memperbaiki teknik tembakan.
2. A/R - Dry fire

ULASAN
1.  latihan hari ini hanya pada acara 10M air pistol dan rifle sahaja. Bentuk latihan pada bulan puasa ini tetap mengikut modul. Latihan beban dikurangkan.
2. Scatt masih tidak boleh digunakan kerana CPU komputer rosak.
3. Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet bernama Siti Normadhati Mahadi. Atlet ini direhatkan oleh jurulatih pada bulan oktober tahun lalu kerana menghadapi sakit iaitu jangkitan kuman pada buah pinggang yang memerlukan beliau menjalani rawatan yang agak panjang ketika itu. Kini beliau bersedia untuk meneruskan latihan. Sebelum memulakan latihan, saya dan jurulatih akan mengadakan perjumpaan bersama keluarganya bagi memaklumkan beberapa perkara yang melibatkan kesihatan beliau.
4. Kekurangan peluru dan target prone.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN