Thursday, August 27, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TINJU

Tarikh  : 26/8/2015
Masa    : 5.00 ptg
Tempat :  Pusat Latihan Khas Tinju, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Fitri b. Omar - JSM
2. Atlet - 11 lelaki

LATIHAN
1. Warm up
3. Shadow boxing
4. Punching bag - 3 set
5. Partner training technical - 8 round
6. Warm down

ULASAN
1. Perbincangan bersama jurulatih tentang kejohanan terdekat yang akan disertai atlet iaitu Kejohanan Tinju Golden Gloves Kebangsaan pada 14 - 20 Sep 2015 di Kubah Ria, Medan Niaga Satok, Kuching, Sarawak.
2. Dimaklumkan jurulatih hanya 3 orang atlet dalam program pelapis dan seorang atlet yang telah keluar dari serantau iaitu Azhari, Ravender dan Mohd Fikrie. Perbelanjaan kejohanan ini dibiayai oleh MSN NS.
3. Kehadiran atlet ada sedikit bertambah. Ini kerana pada bulan 10 iaitu 5-10 Oktober 2015 Negeri Sembilan akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan di Dataran Senawang. Tarikh ini bertindih dengan Kejohanan GP Final Zon pada 8 - 11 Oktober di Johor Bahru nanti. Diharap salah satu tarikh kejohanan-kejohanan ini dapat dipinda.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Tinju Negeri Sembilan

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh  : 25/8/2015
Masa    : 5.00 ptg
Tempat :  Pusat Latihan Angkat Berat, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Osman b. Sahidi - JSM
2. En. Mohd Fariz b. Amran - JSM
3. Atlet - 4 lelaki, 2 wanita

LATIHAN
1. Back squat
2. Clean pull
3. Standing snatch
5. Clean block classic

ULASAN
1. Perjumpaan bersama jurulatih, seorang atlet dan ibunya bagi memaklumkan tentang temujanji pemeriksaan kesihatan(sakit belakang) yang dihadapi oleh atlet bernama Dhaatchaiyane a/p Sathiam dengan Dr. Rozaiman di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 2 September jam 8.00 pagi.
2. Mohon jurulatih memaklumkan jika beliau mengetahui tentang kejohanan-kejohanan yang boleh disertai pada tahun ini. Akibat dari kurangnya penyertaan kejohanan ramai atlet tidak hadir latihan.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Angkat Berat Negeri Sembilan

Friday, August 21, 2015

KLINIK BERBASIKAL SEMPENA KEJOHANAN 1st & 2nd SOUTH EAST ASIAN GP TRACK 2015

Tarikh : 20 Ogos 2015
Tempat : Bilik Merbuk, Casa 2,Majlis Sukan Negara Malaysia
Masa : 8.30 - 1.00 petang

Kehadiran : En Sharil Bin Abu Bakar ( JPM )
Penceramah:
1. Mr Graham Seers dan Mr Andre Richards

Pengisian:
Sesi 1- 8.30 - 10.00 pagi - How to improve Strenght -
Ceramah disampaikan oleh Mr Graham Seers
Sesi 2 - 1015 - 1.00 petang - sesi bersama Mr Andre Richards.
Sesi Perbincangan dan soal jawab.

Ulasan:
Klinik yang dianjurkan sangat baik untuk jurulatih disamping mengulangkaji program latihan yang dijalankan dan keberkesanan fungsi fizikal conditioning yang boleh dilakukan diperingkat negeri.

Sekian Terima kasih

Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Berbasikal USPTN NS

Wednesday, August 19, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TINJU

Tarikh  : 17/8/2015
Masa    : 5.00 ptg.
Tempat :  Pusat Latihan Khas Tinju, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Fitri b. Omar - JSM
2. Atlet - 7 lelaki

LATIHAN
1. Partner training
3. Punching bag
4. Cooper teknik taktik

ULASAN
1. 'Partner training' atlet hari ini bersama atlet senior dan bekas atlet tinju Malaysia iaitu Syamsul Kyrie dan Jayaraman.
2. Pada awal Julai latihan dihentikan sementara waktu kerana jurulatih iaitu Mohd Fitri telah dipanggil oleh majikannya pulang kem latihan dan tiada jurulatih bagi menggantikan tugas beliau sementara itu. Maka tiada latihan dijalankan pada bermula julai lalu.
3. Sebelum memulakan latihan, jurulatih telah memaklumkan kepada beberapa orang atlet yang berjaya dihubungi bagi menjalani latihan kembali. Pada minggu lalu kehadiran atlet amat tidak memuaskan. Hanya 2 ke 3 orang sahaja atlet yang dapat hadir dan hari ini ada pertambahan sedikit. Jurulatih akan terus menghubungi atlet-atlet yang lain.
4. Perjumpaan dengan atlet meminta agar dapat memanjangkan maklumat tentang latihan yang telah bermula kepada kawan-kawan mereka yang lain. Ini bagi persediaan awal sebelum ke Kejohanan Peringkat Zon Akhir yang akan diadakan pada bulan oktober nanti. Memaklumkan kepada atlet agar terus menjalani latihan walaupun tahun ini penyertaan kejohanan agak kurang. 

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Tinju Negeri Sembilan

Monday, August 17, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 15/8/2014
Masa    : 11.00 pg.
Tempat :  Lapang Sasar Mantin

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM
2. Atlet - 3 lelaki, 5 wanita

UJIAN
Ujian tembakan bagi acara air pistol wanita, air rifle lelaki & wanita (menggunakan scatt), F/P lelaki dan prone wanita

ULASAN
1. Tiada latihan dijalankan pada hari ini kerana pada setiap  hari sabtu adalah hari Ujian Tembakan. Terdapat beberapa orang atlet menunjukkan prestasi tembakan yang baik.
2. Perjumpaan bersama atlet bagi memaklumkan tugas dan tanggungjawab atlet yang telah menerima elaun sukma. Mereka harus fokus pada latihan dan kejohanan. Setiap pencapaian prestasi dikejohahan dan kehadiran latihan diambil serius oleh pihak MSN NS. Begitu juga kehadiran latihan kecergasan di gym adalah wajib.
3. Bagi atlet-atlet senior yang tersenarai dalam sukma jangan terlalu selesa, atlet baru yang tidak tersenarai jika mempamerkan prestasi tembakan dan kehadiran yang baik serta mencapai sasaran yang ditetapkan jurulatih, atlet ini berpeluang mewakili Negeri Sembilan ke SUKMA Sarawak 2016 menggantikan atlet senior yang tidak menunjukkan prestasi tembakan yang baik. Maka, atlet senior harus menunjukkan prestasi yang baik kerana atlet baru telah mempamerkan keputusan tembakan yang bagus.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 12/8/2014
Masa    : 5.30 ptg.
Tempat : Lapang Sasar Mantin

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM
2. Atlet - 8 wanita

LATIHAN
1. A/P - 20 shots(10 shots white target, 10 shots grouping target)
2. A/R  - dry fire 1 jam, 10 shots grouping - mengunakan scatt

ULASAN
1. Memaklumkan kepada jurulatih tentang tarikh kejohanan yang bertindih pada bulan Oktober nanti. Antara kejohanan tersebut ialah Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2015 dan Kejohanan Menembak National Shooting Championship 2015/Sportexcel Sirkit 5/2015 yang akan berlangsung pada tarikh yang sama iaitu 8- 11 Oktober 2015.
2. Perbincangan tentang pembelian peluru melalui peruntukan bajet dari MSN NS.
3. Perjumpaan bersama atlet tentang perkara tidak hadir latihan. Sebagai atlet lama seharusnya tidak akan ada masalah untuk memaklumkan tidak hadir kepada jurulatih. 3 hari tidak hadir latihan baru memaklumkan kepada jurulatih. Harap atlet dapat memandang serius hal kehadiran ini terutama atlet dalam Radar SUKMA MSN NS.
Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh  : 11/8/2015
Masa    : 4.30 ptg.
Tempat :  Pusat Latihan Angkat Berat, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Osman b. Sahidi - JSM
2. En. Mohd Fariz b. Amran - JSM
3. Atlet - 4 lelaki

LATIHAN
Gym - strength training (shoulder, back & tricep)

ULASAN
1. Kehadiran atlet tidak memuaskan. Atlet yang hadir hari ini menjalani latihan di gym bersama Jurulatih En. Mohd Fariz.
2. 'Light training' diberikan oleh jurulatih En. Osman kepada 2 orang atlet yang baru hadir latihan setelah lama tidak hadir bermula dari bulan puasa lalu.
3. Berbincang bersama jurulatih tentang masalah kehadiran atlet yang semakin berkurangan. Dimaklumkan jurulatih, komitmen ibubapa yang kini semakin kurang dalam memberi galakan kepada anak mereka, kekangan masa untuk hantar ke latihan, kelas tambahan dan pengangkutan antara puncanya atlet ini tidak hadir ke latihan. Selain itu, faktor kurang penyertaan kejohanan pada tahun ini juga antara sebab atlet kurang menghadiri latihan.
4. Jurulatih kini dalam usaha menghubungi antara atlet-atlet yang dilihat berpotensi untuk maju dalam sukan ini agar kembali aktif.
Sekian, terima kasih.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Angkat Berat Negeri Sembilan

Friday, August 14, 2015

PERJUMPAAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERSATUAN PELAYARAN NEGERI SEMBILAN 2015

Tarikh : 7 Ogos 2015
Tempat : Pusat Latihan Kecemerlangan Pelayaran Negeri Sembilan
Masa : 8.00 - 12 malam

Ulasan
Persatuan Pelayaran Negeri Sembilan telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015, bertempat di Pusat Kecemerlangan Pelayaran Port Dickson, semua jurulatih dan atlet dalam program Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan hadir bagi memeriahkan majlis. Turut hadir ialah  Presiden Persatuan Pelayaran Negeri Sembilan En Lawrence Yeow Eng Leong dan Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan serta pegawai. 

Laporan Oleh
Ahmad Afandy Bin Baharin
Penyelaras Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan

Tuesday, August 11, 2015

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN- MEMANAH

Tarikh  :  05.08.2015 
Masa     : 17:00 PM 
Tempat : SSN ZA'ABA , KUALA PILAH. 

Kehadiran: 
1. EN JEFRI BIN NGAIMAN                   JSM
2. EN AMIRUL FAREEZ                         JSM
3. ATLET - 23 ORANG (11L, 12W) 

Latihan : 
1) Free Shooting
2) 30M & 50M Shooting
3) Pull up exercise 

ULASAN
 1)  Atlet sedang menjalani latihan dibawah kendalian JSM En Jefry Bin Ngaiman dan En Amirul Fareez.
2) Atlet yang masih baru didalam program diberikan latihan pull up bagi menguatkan bahagian bahu dan tangan sewaktu latihan menggunakan busur dilapang sasar memanah.
3) Membincangkan bersama jurulatih tentang kejohanan yang bakal disertai iaitu Kejohanan Memanah Terbuka Unisza 2015 pada 26 - 30 Ogos 2015 bertempat di negeri Terengganu.
4) Sepanjang pemantauan dijalankan,tiada kecederaan dilaporkan.

Laporan disediakan oleh :-  
MUHAMMAD AFIQ  ZAINOL ABDIN 
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN







PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH

Tarikh:  28/07/2015 
Masa: 16:30 pm 
Tempat: SSN ZA'ABA , KUALA PILAH. 

Kehadiran: 
1. EN JEFRI BIN NGAIMAN                   JSM
2. EN MALIK REDZUAN                         SSN
3. ATLET    10 ORANG (6L,4W) 

Latihan :
1) Free Shooting 

ULASAN
 1)  Atlet sedang menjalani latihan dibawah kendalian JSM En Jefry Bin Ngaiman dan guru sekolah En Malik Redzuan.
2) Para atlet sedang menjalani latihan persiapan untuk menghadapi kejohanan di Sekolah Menengah Seksyen 7 Shah Alam sempena Karnival Sekolah Sekolah Sukan peringkat Kebangsaan.
3) Atlet dibawah program Pelapis Negeri yang terlibat dengan karnival tersebut yang mewakili Sekolah Sukan Za'aba adalah seramai 8 orang.
4) Sepanjang pemantauan dijalankan,tiada kecederaan dilaporkan.

Laporan disediakan oleh :- 
MUHAMMAD AFIQ  ZAINOL ABDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN







PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN - TENPIN BOLING

Tarikh: 27.07.2015 
Masa: 16:30 pm 
Tempat: Ampang Superbowl, Seremban Prima 

Kehadiran:
1. Tn Hj Abdul Manan.        JPM
2. En. Mohd Ali Hanifiah    JSM
3. Atlet - 11 Orang ( 5 L, 6 W)

Ulasan:
1) Pemantauan pusat latihan tenpin boling di Ampang Superbowl Seremban Prima.Seramai 11 orang atlet menjalani latihandibawah kendalian Jurulatih Tn Hj Abdul Manan dan En Ali Hanifiah.
2) Atlet menjalani latihan persiapan terakhir sebelum menghadapi Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan MTBC Johor Leg 2015 yang bertempat di Kluang Johor.
3) Dimaklumkan bahawa terdapat beberapa orang atlet yang telah mula tidak menghadiri sesi latihan yang dijalankan atas sebab sebab tertentu antaranya mereka yang bakal menduduki  peperiksaan yang penting pada hujung tahun ini.
4) Sepanjang pemantauan dijalankan,tiada kecederaan dilaporkan.

Laporan disediakan oleh :-
MUHAMMAD AFIQ  ZAINOL ABDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN






Monday, August 10, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 07.08.2015
Masa    : 4.30 ptg.
Tempat :  Lapang Sasar Mantin

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM
2. Atlet - 2 lelaki,  5 wanita

LATIHAN
1. A/P - Latihan mengikut modul
          - 30 shots alignment 7,8 &9 menegak
          - 10 shots repeat alignment 7 menegak
          - 10 shots repeat alignment 8 menegak
          - dry fire
2. A/R - latihan menggunakan scatt
          - 10 shots click, 10 shots result
          - 10 shots grouping
Prone - 10 shots grouping

ULASAN
1. Perbincangan bersama jurulatih tentang kehadiran atlet dalam senarai SUKMA Sarawak. Kehadiran mereka yang tersenarai ini tidak memuaskan begitu juga dengan pencapaian prestasi mereka dalam kejohanan hingga mei lalu.
2. Perjumpaan bersama atlet bagi membincangkan tentang acara yang akan disertai pada sukma tahun depan. Tanggungjawab atlet-atlet lama berat berbanding dengan atlet-atlet baru. Atlet lama harus menunjukkan disiplin dan 'attitude' yang baik. Atlet baru pula perlu banyak bertanya dan berusaha jika ingin ke sukma.
3. Wafiq telah mula menjalani latihan pada hari ini. Latihan ringan sahaja diberikan oleh jurulatih. Rehat yang terlalu lama akan menjejaskan prestasi atlet.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN