Monday, August 17, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh  : 11/8/2015
Masa    : 4.30 ptg.
Tempat :  Pusat Latihan Angkat Berat, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Osman b. Sahidi - JSM
2. En. Mohd Fariz b. Amran - JSM
3. Atlet - 4 lelaki

LATIHAN
Gym - strength training (shoulder, back & tricep)

ULASAN
1. Kehadiran atlet tidak memuaskan. Atlet yang hadir hari ini menjalani latihan di gym bersama Jurulatih En. Mohd Fariz.
2. 'Light training' diberikan oleh jurulatih En. Osman kepada 2 orang atlet yang baru hadir latihan setelah lama tidak hadir bermula dari bulan puasa lalu.
3. Berbincang bersama jurulatih tentang masalah kehadiran atlet yang semakin berkurangan. Dimaklumkan jurulatih, komitmen ibubapa yang kini semakin kurang dalam memberi galakan kepada anak mereka, kekangan masa untuk hantar ke latihan, kelas tambahan dan pengangkutan antara puncanya atlet ini tidak hadir ke latihan. Selain itu, faktor kurang penyertaan kejohanan pada tahun ini juga antara sebab atlet kurang menghadiri latihan.
4. Jurulatih kini dalam usaha menghubungi antara atlet-atlet yang dilihat berpotensi untuk maju dalam sukan ini agar kembali aktif.
Sekian, terima kasih.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Angkat Berat Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN