Tuesday, August 4, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh    : 31/7/2015 
Masa       : 5.00 ptg.
Tempat  :  Lapang Sasar Mantin

KEHADIRAN: 
1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM 
2. Atlet - 1 lelaki,  6 wanita  

LATIHAN:
1. Air Pistol - 20 shots alignment 
2. Air Rifle - 20 shots scatt 

ULASAN
1.  Perbincangan bersama jurulatih tentang kehadiran atlet menembak yang belajar di universiti. Dimaklumkan oleh jurulatih kehadiran mereka ini agak kurang memuaskan. Beliau telah meminta setiap atlet yang berada di universiti ini agar memberi jadual kelas masing-masing dan cuti mereka ini perlu diisi dengan menghadiri latihan mulai pagi hingga petang walaupun hanya dapat dalam sehari cuti sahaja.
2. Seorang atlet bernama Wafiq Muhamad Zin telah mengalani kecederaan selepas pulang menghadiri latihan pada 25 Julai 2015 (Sabtu). Kini beliau telah diberi cuti dari menghadiri latihan oleh jurulatih berdasarkan nasihat daripada doktor.
3. Perjumpaan bersama atlet bagi membincangkan tentang atlet yang hadir ke latihan menaiki teksi. Mohon atlet yang atlet menaiki teksi agar lebih berhati-hati dan jika dapat berpakat antara mereka agar dapat menaiki teksi bersama bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan






No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN