Monday, August 17, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 15/8/2014
Masa    : 11.00 pg.
Tempat :  Lapang Sasar Mantin

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM
2. Atlet - 3 lelaki, 5 wanita

UJIAN
Ujian tembakan bagi acara air pistol wanita, air rifle lelaki & wanita (menggunakan scatt), F/P lelaki dan prone wanita

ULASAN
1. Tiada latihan dijalankan pada hari ini kerana pada setiap  hari sabtu adalah hari Ujian Tembakan. Terdapat beberapa orang atlet menunjukkan prestasi tembakan yang baik.
2. Perjumpaan bersama atlet bagi memaklumkan tugas dan tanggungjawab atlet yang telah menerima elaun sukma. Mereka harus fokus pada latihan dan kejohanan. Setiap pencapaian prestasi dikejohahan dan kehadiran latihan diambil serius oleh pihak MSN NS. Begitu juga kehadiran latihan kecergasan di gym adalah wajib.
3. Bagi atlet-atlet senior yang tersenarai dalam sukma jangan terlalu selesa, atlet baru yang tidak tersenarai jika mempamerkan prestasi tembakan dan kehadiran yang baik serta mencapai sasaran yang ditetapkan jurulatih, atlet ini berpeluang mewakili Negeri Sembilan ke SUKMA Sarawak 2016 menggantikan atlet senior yang tidak menunjukkan prestasi tembakan yang baik. Maka, atlet senior harus menunjukkan prestasi yang baik kerana atlet baru telah mempamerkan keputusan tembakan yang bagus.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN