Wednesday, August 19, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TINJU

Tarikh  : 17/8/2015
Masa    : 5.00 ptg.
Tempat :  Pusat Latihan Khas Tinju, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Fitri b. Omar - JSM
2. Atlet - 7 lelaki

LATIHAN
1. Partner training
3. Punching bag
4. Cooper teknik taktik

ULASAN
1. 'Partner training' atlet hari ini bersama atlet senior dan bekas atlet tinju Malaysia iaitu Syamsul Kyrie dan Jayaraman.
2. Pada awal Julai latihan dihentikan sementara waktu kerana jurulatih iaitu Mohd Fitri telah dipanggil oleh majikannya pulang kem latihan dan tiada jurulatih bagi menggantikan tugas beliau sementara itu. Maka tiada latihan dijalankan pada bermula julai lalu.
3. Sebelum memulakan latihan, jurulatih telah memaklumkan kepada beberapa orang atlet yang berjaya dihubungi bagi menjalani latihan kembali. Pada minggu lalu kehadiran atlet amat tidak memuaskan. Hanya 2 ke 3 orang sahaja atlet yang dapat hadir dan hari ini ada pertambahan sedikit. Jurulatih akan terus menghubungi atlet-atlet yang lain.
4. Perjumpaan dengan atlet meminta agar dapat memanjangkan maklumat tentang latihan yang telah bermula kepada kawan-kawan mereka yang lain. Ini bagi persediaan awal sebelum ke Kejohanan Peringkat Zon Akhir yang akan diadakan pada bulan oktober nanti. Memaklumkan kepada atlet agar terus menjalani latihan walaupun tahun ini penyertaan kejohanan agak kurang. 

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Tinju Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN