Tuesday, September 22, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MEMANAH - NS

Tarikh:  17/09/2015
Masa: 17:00 PM
Tempat: SSN ZA'ABA , KUALA PILAH.
 
Kehadiran:
1. EN JEFRI BIN NGAIMAN JSM
KEHADIRAN ATLET 15 ORANG (7L,8W)
 
Latihan :
1) Free Shooting
2) 30M

ULASAN
1)  Atlet menjalani latihan dibawah kendalian JSM En Jefri B Ngaiman di SMK Za'aba Kuala Pilah.
2) Dimaklumkan bahawa cuti persekolahan bermula pada 19/9/2015 selama satu minggu dan atlet akan pulang ke kampung bagi merayakan Hari Raya Aidiladha.
3) Memaklumkan kepada jurulatih tentang perubahan tarikh Kejohanan Grandfinal antara Zon iaitu pada 21 - 25 Oktober.Walaubagaimanapun,Pihak USPTN N.Sembilan masih belum menerima senarai nama atlet yang terpilih bagi Kejohana tersebut.
4) Sepanjang pemantauan dijalankan,tiada kecederaan dilaporkan.

Laporan disediakan oleh :
MUHAMMAD AFIQ  ZAINOL ABDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN
 
 
 

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MEMANAH - NS

Tarikh:  27/08/2015
Masa: 15:00 PM
Tempat: SSN ZA'ABA , KUALA PILAH.
 
Kehadiran:
1. EN JEFRI BIN NGAIMAN JSM
2. EN AMIRUL FAREEZ JEFRI JSM
KEHADIRAN ATLET 16 ORANG (7L,9W)

Latihan :
1) Free Shooting
2) 30M & 50M Shooting
3) Weight training

ULASAN
1)  Atlet menjalani latihan sebelum pulang bercuti di kampung halaman bersempena hari Kemerdekaan 2015 ini.
2) Dimaklumkan latihan dimulakan awal kerana tidak mahu mengganggu perjalanan pulang atlet untuk bercuti disebabkan ada segelintir atlet yang dijemput oleh ibu bapa.
3) Memaklumkan kepada jurulatih tentang perancangan untuk menganjurkan satu kejohanan dalaman bagi pemilihan atlet yang akan mewakili Negeri Sembilan untuk ke Sukan Malaysia di Sarawak pada tahun hadapan.Walau bagaimanapun, tarikh kejohanan tersebut masih belum ditetapkan dan masih dalam peringkat perbincangan dengan Majlis Sukan Negeri Sembilan.
4) Sepanjang pemantauan dijalankan,tiada kecederaan dilaporkan.

Laporan disediakan oleh :-
MUHAMMAD AFIQ  ZAINOL ABDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN



LAPORAN PEMANTAUAN PLN BOLING - NS

Tarikh:28/8/2015
Masa: 16:00 PM
Tempat: Ampang Superbowl, Seremban Prima

Kehadiran:
1. Tn Hj Abdul Manan JPM
2. En. Mohd Ali Hanifiah JSM
KEHADIRAN ATLET SERAMAI 20 ORANG

ULASAN
1) Pemantauan pusat latihan tenpin boling di Ampang Superbowl Seremban Prima.Seramai 20 orang atlet menjalani latihan dibawah kendalian JPM Tn Hj Abdul Manan dan JSM En Ali Hanifiah.
2) Atlet menjalani ujian roll off bagi bulan September sebagai penilaian prestasi semasa mereka.
3) Memaklumkan kepada ibu bapa tentang permohonan bagi penyertaan kejohanan akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak persatuan dan berkemungkinan rombakan akan dilakukan bagi sukan tenpin boling ini.4) Sepanjang pemantauan dijalankan,tiada kecederaan dilaporkan.

 
Laporan di sediakan oleh
MUHAMMAD AFIQ  ZAINOL ABDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN
 




 

Friday, September 18, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh  : 15/9/2014
Masa    : 5.00 ptg.
Tempat :  Lapang Sasar Mantin

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Firdaus b. Abd Rahim - JPM
2. Atlet -1 lelaki, 5 wanita

LATIHAN
1. A/P - 20 shots(10 shots white target, 10 shots grouping target)
2. A/R  - dry fire

ULASAN
1. Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet prospek sukma. Membincangkan tentang skor tembakan mereka pada kejohanan yang lalu. Skor yang diperolehi mampu mendapatkan pingat tetapi skor yang dicapai itu masih belum boleh dibanggakan.
2. Atlet Norsyafiqah Hairol Anuar yang mengalami masalah tulang belakang bengkok(Scolliosis) mohon agar rajin melakukan aktiviti senaman yang telah disarankan oleh pihak hospital dirumah. Dimaklumkan beliau kadangkala masih berasa sakit pada bahagian tersebut. Memandangkan sukma sudah tidak lama lagi, latihan akan kerap dijalankan oleh jurulatih, dikhuatiri sakit tersebut akan kerap terjadi. Meminta agar beliau memandang berat tentang hal ini.
3. Memaklumkan kepada jurulatih tentang kehadiran pihak polis dari Bukit Aman pada hari esok bagi tujuan pemeriksaan senjata.
4. Ruang 50M tidak dapat digunakan bermula pada minggu lalu kerana kerja-kerja baikpulih dinding dan penghadang matahari.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Menembak Negeri Sembilan

Thursday, September 17, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT - NS

Tarikh  : 14/9/2015 
Masa    : 5.00 ptg.
Tempat :  Pusat Latihan Angkat Berat, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Osman b. Sahidi - JSM
2. En. Mohd Fariz b. Amran - JSM
2. Atlet - 4 lelaki

LATIHAN
1. Standing snatch squat
2. Snatch pull pull block max
3. Bench press max

ULASAN
1. Perjumpaan bersama jurulatih bagi memaklukan tentang Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2015 di Dewan Jubli Intan, Segamat Johor pada 9 hingga 12 Oktober 2015 dan perbincangan pindaan tarikh untuk Program TID Angkat Berat. Cadangan tarikh baru adalah 29 & 30 September 2015 di 2 buah sekolah sekitar daerah seremban.
2. Mohon jurulatih dapat menyenaraikan nama atlet yang menyertai kejohanan ini agar memudahkan urusan pelepasan atlet dan memaklumkan kepada pihak persatuan agar membuat permohonan bajet kepada pihak MSN NS.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Angkat Berat Negeri Sembilan

Tuesday, September 15, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN OLAHRAGA

Tarikh  : 10/9/2015 
Masa    : 10.00 pagi
Tempat :  SMK Jelai Felda

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Azam b. Hashim - JSM
2. Atlet - 9 lelaki, 6 wanita

LATIHAN
1. Pole vault
2. Long jump
3. Throw

ULASAN
1. Makluman tentang tarikh kejohanan peringkat zon akhir yang telah ditunda ke tarikh 21 - 25 Oktober 2015 dan senarai nama atlet yang terpilih ke peringkat akhir masih belum diterima.
2. Jurulatih mohon agar dapat bantuan peralatan 'weight plate' bagi tujuan latihan bebanan. Tiada laporan kecederaan atlet dilaporkan oleh jurulatih.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Olahraga Negeri Sembilan

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh  : 9/9/2015 
Masa    : 5.00 ptg.
Tempat :  Pusat Latihan Angkat Berat, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Osman b. Sahidi - JSM
2. En. Mohd Fariz b. Amran - JSM
2. Atlet - 4 lelaki, 2 wanita

LATIHAN
1. Power snatch max
2. Snatch balance max
3. Back press
5. Triceps max

ULASAN
1. Perbincangan tentang perjumpaan Pegawai ISN Cik Aida dengan atlet-atlet sukma minggu lalu berkenaan psikologi dan pemakanan. Dimaklumkan oleh pegawai isn yang hadir sesi latihan atlet hari ini beliau perlu turun menyaksikan kejohanan dan melihat atlet tersebut beraksi.
2. Kejohanan yang terdekat untuk sukan angkat berat ini adalah Kejohanan Angkat Berat Putrajaya pada 1 - 4 Oktober 2015 di Putrajaya. Berkemungkinan kejohanan ini tidak dapat disertai kerana permohonan telah lewat dipohon disebabkan cek atau kewangan perlu ditandatangi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang telahpun pergi menunaikan haji. Walau bagaimanapun hal ini akan dibincangkan bersama pegawai sukan angkat berat MSN NS dan penyertaan hanya melibatkan atlet sukma sahaja.
3. Makluman kepada jurulatih iaitu En Osman Sahidi tentang mesyuarat bersama jurulatih bagi Sukan Malaysia 2016, Sarawak pada 15 Sept. 2015 jam 9.00 pagi di MSN NS.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Angkat Berat Negeri Sembilan

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TINJU

Tarikh  : 9/9/2015 
Masa    : 8.00 pagi
Tempat :  Pusat Latihan Khas Tinju, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Fitri b. Omar - JSM
2. Atlet - 3 lelaki

LATIHAN
1. Partner training

ULASAN
1. Latihan 'partner training' bersama atlet senior dan bekas atlet tinju Malaysia. latihan pagi ini hanya melibatkan atlet yang akan menghadapi Kejohanan Tinju Golden Glove Kebangsaan pada 14 - 20 September 2015 di Sarawak.
2.  Dimaklumkan jurulatih atlet bernama Azhari Azizam tidak akan beraksi pada kejohanan ini nanti kerana terdapat masalah peribadi yang dihapai oleh atlet ini.
3. Perbincangan dengan jurulatih tentang Kejohanan Tinju Antara Perkhidmatan (ATM) yang akan disertai beliau pada 26-30 Oktober 2015 di Pulau Pinang dan pada 21-25 Oktober 2015 pula berlangsungnya Kejohanan Peringkat Zon Peringkat Akhir. Dimaklumkan beliau perlu hadir ke kem lebih awal bagi menjalani latihan yang dihadapi beliau ini. Beberapa perkara tentang kejohanan dan latihan atlet akan dibincangkan lebih lanjut setelah selesai kejohanan di Sarawak nanti.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Tinju Negeri Sembilan

Monday, September 7, 2015

KLINIK PENGENALAN BERBASIKAL SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KECERGASAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN ANJURAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN

KLINIK PENGENALAN SEMPENA KARNIVAL KECERGASAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN ANJURAN JABATAN  KESIHATAN NEGERI SEMBILAN

SUKAN :  BERBASIKAL
Tarikh   : 5 September 2015
Tempat : City Park Seremban 2.
Masa    : 7.00am - 1.00.0pm
Kehadiran : En Sharil Bin Abu Bakar , ( JPM  ) En Hafizi Bin Malek
Atlet         : 6 lelaki 1 Wanita
Turut Hadir : Y.B Dato ' Zaifulbahri  Bin Idris ( Exco Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan ) dan Setiausaha Kehormat Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan.

Ulasan
1.Program Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Sembilan adalah anjuran Kementerian  Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri, Berbagai aktiviti telah diadakan.
2.Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan telah dijemput untuk memeriahkan lagi program yang bermula dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang.
3.Jurulatih USPTN telah mengadakan demonstrasi teknik latihan  dan pengenalan pengunaan basikal, MTB , ROAD dan BMX  serta mengadakan ujian bagi mereka yang berminat.
4. Kriteria pemilihan adalah mereka yang berumur 9 - 16 tahun lelaki dan wanita.
5. Seramai 5 pelajar lelaki sekolah telah dipilih untuk mengikuti program persatuan dan  USPTN.
Sekian terima kasih

Laporan Oleh
Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Berbasikal  USPTNNS.

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN