Tuesday, September 15, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh  : 9/9/2015 
Masa    : 5.00 ptg.
Tempat :  Pusat Latihan Angkat Berat, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Osman b. Sahidi - JSM
2. En. Mohd Fariz b. Amran - JSM
2. Atlet - 4 lelaki, 2 wanita

LATIHAN
1. Power snatch max
2. Snatch balance max
3. Back press
5. Triceps max

ULASAN
1. Perbincangan tentang perjumpaan Pegawai ISN Cik Aida dengan atlet-atlet sukma minggu lalu berkenaan psikologi dan pemakanan. Dimaklumkan oleh pegawai isn yang hadir sesi latihan atlet hari ini beliau perlu turun menyaksikan kejohanan dan melihat atlet tersebut beraksi.
2. Kejohanan yang terdekat untuk sukan angkat berat ini adalah Kejohanan Angkat Berat Putrajaya pada 1 - 4 Oktober 2015 di Putrajaya. Berkemungkinan kejohanan ini tidak dapat disertai kerana permohonan telah lewat dipohon disebabkan cek atau kewangan perlu ditandatangi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang telahpun pergi menunaikan haji. Walau bagaimanapun hal ini akan dibincangkan bersama pegawai sukan angkat berat MSN NS dan penyertaan hanya melibatkan atlet sukma sahaja.
3. Makluman kepada jurulatih iaitu En Osman Sahidi tentang mesyuarat bersama jurulatih bagi Sukan Malaysia 2016, Sarawak pada 15 Sept. 2015 jam 9.00 pagi di MSN NS.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Angkat Berat Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN