Tuesday, September 15, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TINJU

Tarikh  : 9/9/2015 
Masa    : 8.00 pagi
Tempat :  Pusat Latihan Khas Tinju, MSN NS

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Fitri b. Omar - JSM
2. Atlet - 3 lelaki

LATIHAN
1. Partner training

ULASAN
1. Latihan 'partner training' bersama atlet senior dan bekas atlet tinju Malaysia. latihan pagi ini hanya melibatkan atlet yang akan menghadapi Kejohanan Tinju Golden Glove Kebangsaan pada 14 - 20 September 2015 di Sarawak.
2.  Dimaklumkan jurulatih atlet bernama Azhari Azizam tidak akan beraksi pada kejohanan ini nanti kerana terdapat masalah peribadi yang dihapai oleh atlet ini.
3. Perbincangan dengan jurulatih tentang Kejohanan Tinju Antara Perkhidmatan (ATM) yang akan disertai beliau pada 26-30 Oktober 2015 di Pulau Pinang dan pada 21-25 Oktober 2015 pula berlangsungnya Kejohanan Peringkat Zon Peringkat Akhir. Dimaklumkan beliau perlu hadir ke kem lebih awal bagi menjalani latihan yang dihadapi beliau ini. Beberapa perkara tentang kejohanan dan latihan atlet akan dibincangkan lebih lanjut setelah selesai kejohanan di Sarawak nanti.

Laporan di sediakan oleh:
Zaria bt. Razali
SDO Tinju Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN