Thursday, October 29, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MEMANAH - NS

SUKAN: MEMANAH
 
Tarikh:  27/10/2015
Masa: 17:00 PM
Tempat: SSN ZA'ABA , KUALA PILAH.
Kehadiran: 
1. EN JEFRI BIN NGAIMAN                   JSM
2. EN AMIRUL FAREZ                           JSM
KEHADIRAN ATLET 12 ORANG (7L,5W)

Latihan :
1) Free Shooting
2) 30M & 50M

ULASAN 
1)  Atlet menjalani latihan dibawah kendalian JSM En Jefri B Ngaiman dan En Amirul Farez di SMK Za'aba Kuala Pilah.
2) Dimaklumkan bahawa terdapat atlet yang masih lagi terlibat menduduki peperiksaan akhir tahun dan menyebabkan kemerosotan kehadiran sewaktu sesi latihan.
3) Mengesahkan penyertaan atlet yang terpilih ke Kejohanan Grand Final Pelapis Zon 2015 bertempat di Johor Bharu pada 12 - 15 November 2015 nanti.Seramai 11 orang atlet telah terpilih ke Kejohanan tersebut.
4) Sepanjang pemantauan dijalankan,tiada kecederaan dilaporkan.

Laporan disediakan oleh :-
MUHAMMAD AFIQ  ZAINOL ABDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN





LAPORAN PEMANTAUAN PLN TENPIN BOLING - NS

SUKAN: Tenpin Boling
 
Tarikh:26/10/2015
Masa: 16:30 PM
Tempat: Ampang Superbowl, Seremban Prima
 
Kehadiran: 
1. Tn Hj Abdul Manan.        JPM
2. En. Mohd Ali Hanifiah      JSM
 
KEHADIRAN ATLET SERAMAI 14 ORANG (L8,W6)

ULASAN
1) Pemantauan pusat latihan tenpin boling di Ampang Superbowl Seremban Prima.Seramai 14 orang atlet menjalani latihan dibawah kendalian Jurulatih Tn Hj Abdul Manan dan JSM En Ali Hanifiah.
2) Berbincang dengan pihak ibu bapa tentang tuntutan bayaran ke kejohanan yang telah disertai iaitu Sirkit Remaja Kebangsaan MTBC Johor Leg dan KL Leg 2015 yang lalu.
3)Berbincang dengan jurulatih tentang penyambungan kontrak JPM yang masih lagi diperingkat perbincangan bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan dan halatuju atlet pelapis yang ditawarkan untuk mewakili Sukma pada tahun hadapan.
4) Sepanjang pemantauan dijalankan,tiada kecederaan dilaporkan.

Laporan di sediakan oleh:
MUHAMMAD AFIQ  ZAINOL ABDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN


Monday, October 26, 2015

PEMANTAUAN LATIHAN TAEKWONDO

PEMANTAUAN PLN , PERJUMPAAN JURULATIH DAN ATLET
( LATIHAN BERSAMA DENGAN CLUB TAEKWONDO SAUJANA SELANGOR )
 
SUKAN :  TAEKWONDO
Tarikh   :  25 OKTOBER 2015
Tempat : Kompleks Sukan Seremban 2
Masa    : 8.00am - 1.30pm
 
Kehadiran : En Surenthiren dan Master Saravanan , ( jsm ) Jurulatih PLN Pelapis Selangor .
Atlet         :  N.Sembilan 8 lelaki 6 Wanita, Selangor 12 atlet.
Turut Hadir : Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan
 
Latihan:
1. Latihan Kecegasan, jump 2 step , 1 step mini hurdle
2. Latihan Sparring -
3. Kicking Target left and right
4. Kicking move dan Back

PERTANDINGAN
Tiada
 
KECEDERAAN
Tiada
 
PERALATAN
Punch Bag, Kicking target single dan double, shield curved.
 
Ulasan
Latihan bermula dari jam 8.00 hingga 1.30 petang, Latihan lebih tertumpu pada kekuatan kaki dan stamina, perkongsian corak latihan sangat baik terutama bagi atlet yang mempunyai kelemahan dalam fitnes.Perlawanan persahabatan turut diadakan dan pengadil dari Persatuan Taekwondo Negeri Sembilan.
 
Sekian terima kasih
Ahmad Afandy Bin Baharin
SDO Taekwondo USPTNNS.
 

Wednesday, October 7, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN WUSHU - NS

Tarikh      : 28.09.2015
Masa        : 8.50 malam
Tempat    : Dewan Chin Woo, Seremban
 
Kehadiran
1. JSM - Encik Lee Chin Chee
2. JSM - Encik Lim Kim
3. Atlet - 11 Lelaki, 10 Wanita
 
LATIHAN
1. Quan Shu
2. Basic Teknik
3. Latihan Fizikal
 
ULASAN
1. Atlet menjalani latihan dibawah kendali JSM En Lim Kim dan JSM En Lee Chin Chee dan dibahagikan kepada pecahan 2 kumpulan.
2. Membincangkan tentang karpet yang baru diterima dari Majlis Sukan Negara yang akan dipasang tidak lama lagi bagi melancarkan sesi latihan.
3. Memaklumkan tentang tuntutan bantuan kejohanan telah boleh dibuat bagi sukan sukan dibawah program USPTN memandangkan pihak pentadbiran telah menerima format yang baru.
4. Sepanjang pemantauan dijalankan, tiada kecederaan dilaporkan.
 
Laporan di sediakan oleh:
MUHAMMAD AFIQ  ZAINOL ABDIN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN



 

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN