Friday, August 4, 2017

Pemantauan PLN Sukan Sepak Takraw

Laporan Pemantauan PLN - Perjumpaan Jurulatih dan Atlet
Sukan Sepak Takraw

Tarikh  : 20/06/2016  
Masa    : 10.00 PM – 12.00 AM
Tempat :  Kompleks Sukan Seremban 2

KEHADIRAN: 
1. En Md Isa Sidek - jsm
2  En Azrul Abu Zahar - jsm
3.  Atlet :    5 org PLN
                  4 org SUKMA

LATIHAN
1. Latihan servis dan tampanan.
2. Latihan umpanan dan rejaman.

UJIAN
Tiada 
PERTANDINGAN
Tiada
KECEDERAAN
Tiada
PERALATAN
Tiada
PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN  
1.    Latihan bersama Pasukan Sukma ini dijalankan pada jam 10.30 malam dan berakhir pada jam 12.30 malam.

2. Jurulatih memaklumkan kehadiran atlet tiada perubahan daripada latihan sebelum ini. Pihak Usptn Ns akan mengadakan perjumpaan bersama semua atlet bagi mendapatkan penjelasan dan juga memberi penerangan berkenaan komitment latihan mereka.

3. Berkenaan dengan email bertarikh 13 Jun 2016, PPN telah meminta penjelasan secara bertulis tentang ketidakhadiran ke Kej.  Sepaktakraw Remaja Kebangsaan Sirkit 4. Walaubagaimana pun, PPN masih menunggu surat berkenaan. tindakan lanjut akan diambil supaya pihak Persatuan segera memberi penjelasan.

4. Selain itu, jurulatih dan pihak persatuan memaklumkan cuma seorang atlet Pelapis Kebangsaan atlet NS yang tidak disenarai untuk menyertai SUKMA Sarawak iaitu Mohd Fikri B. Abd Latib. Jurulatih memaklumkan bahawa atlet berkenaan tidak mahu menyertai Sukma Sarawak kerana ingin menyertai Asian School Games.

Sekian terima kasih.

Laporan di sediakan oleh:
Muhammad Shazali Bin Ruzi
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

USPTN NS

USPTN NS
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SEMBILAN